Assalamualaikum warga
sawitbiz,
Covid-19 dan PKP…term popular
yang membawa malapetaka dan ujian dari Allah SWT. Namun, kita sebagai warga sawit amat-amat
bersyukur kepada Allah yang membenarkan dan memasukan industri sawit dan rantaiannya
sebagai ‘essential service’.
Hari pertama KPK agak membimbangkan
juga kerana masih belum ada keputusan rayuan. Tak boleh nak dibayangkan, kalau
rayuan tidak diterima..perhhh, bukan setakat kerugian malah akan ada pembaziran
apabila buah sawit yang masak tidak dituai dan dibiarkan busuk diatas pokok. Alhamdulillah,
Allah memakbulkan rayuan kita untuk meneruskan operasi.
Namun, pihak ladang perlu
sentiasa mematuhi prosedur dan undang-undang yang digariskan. Jangan sampai
kebenaran ini ditarik semula. Ketatkan akses keluar masuk ladang itulah yang
terbaik.
Sama-sama kita menyumbang
dalam memutuskan rantaian Covid19. Selain usaha dengan hanya duduk diam dirumah
kita juga mestilah berdoa setiap waktu solat memohon kepada Allah agar
menghapuskan Covid19 dari muka bumi. Pohon juga supaya Allah sembuhkan mereka
yang dijangkiti Covid19 dan agar Allah mengurniakan penawar dan Vaksin Covid.
Amalkan istighfar atau zikir
nabi Yunus semasa baginda terkurung didalm perut ikan. Saya sertakan rasionalnya. Agak Panjang tapi
berbaloi untuk rujukan agar kita faham.
KEPADA RAKYAT MALAYSIA
‘Nyahkan Wabak Covid-19 dari
muka bumi’🪓🪓🪓
A. JOM
KITA BERISTIGFAR
✅100 X WAKTU PAGI SELEPAS SUBUH ATAU WAKTU DHUHA
✅100X WAKTU PETANG LEPAS MAGHRIB.
📍!!!!!PENTING!!!!!📍
👍JAGA SOLAT 5 WAKTU
👍JAGA AURAT
👍JAGA PANDANGAN
👍PUTUSKAN BERITA PALSU ATAU FITNAH
👍SANGKA BAIK
📌LAKUKAN DENGAN PENUH TAWADUK, KHUSYUK DAN
RENDAH DIRI.
Petikan dari berita harian
bertarikh Rabu, 16 Oktober 2019.
Semua masalah yang dirujuk
kepadanya, Hasan al-Basri akan menyuruh supaya orang itu beristighfar. Bingung
melihat perkara itu, seseorang bertanya kepadanya apakah semua masalah boleh
selesai hanya dengan istighfar.
Hasan al-Basri menjawab, ia
bukan penyelesaian yang beliau berikan tetapi firman Allah SWT dalam al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Mohonlah
ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakmu dan
mengadakan untukmu kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai.
Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?” (Nuh: 10-13)
Dari Abdullah bin ‘Abbas dia
berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi (sentiasa)
membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kelonggaran, dan
dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang
tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)
“Oleh itu, jika Allah SWT
mengampuni dosa kita, bermakna Dia suka kepada kita dan akan dikurniakan rezeki
melimpah-ruah. Namun, jangan anggap sudah cukup istighfar sahaja, sebaliknya
perkara wajib lain masih perlu dibuat,” katanya.
Beliau mengingatkan kelebihan
beristighfar sangat penting dan besar. Rasulullah SAW yang maksum dan
dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70
hingga 100 kali sehari.
Justeru katanya, kita perlu
memperbanyakkan istighfar dan taubat kerana keutamaannya yang sangat besar dan
Allah SWT yang memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa beristighfar serta
bertaubat kepada-Nya.
@bilangan yang dicadanglan
hanyalah panduan sahaja
B) JOM BERZIKIR DENAGN ZIKIR
NABI YUNUS
PENGAJARAN KISAH NABI YUNUS (diterima
melalui Whatsapp)
Nabi Yunus terpenjara dalam
perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika
beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar
bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman,
tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.
Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN
di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan
paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar
sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga
bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan,
terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara
fizikal dan logiknya.
Untungnya Nabi Yunus AS segera
menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN
beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya
untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan
kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.
Mari kita perhalusi dan
menghayati perjalanan dan proses Nabi
Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.
1. Bermula dari kemarahan Nabi
Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.
2. Nabi Yunus mengancam
kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.
3. Nabi Yunus pergi
meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang
berpenumpang penuh.
4. Diperjalanan terjadi badai,
dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi
yang harus dibuang dari kapal.
5. Setelah dibuang ke laut,
Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.
6. Nabi Yunus akhirnya sedar
diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan
menyalahkan kaumnya.
7. Lalu dengan kesedaran
itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta
subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin", yang ertinya "Tidak ada
Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang zalim".
Inilah kalimat taubat Nabi
Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia
dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.
Mari kita maknai secara
mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita
berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk
kita mengambil pengajaran dan hikmah.
1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya Tidak ada Tuhan
kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini
ketika kita telah di LOCKDOWN, masih
banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour,
like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.
Taubat....Ya Allah saya sedar
sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering
menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan
tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah
yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu
menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.
2. Subhaanaka
Maha Suci Engkau.
Penyakit: Masih banyak yang
menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang
menganggap Ustadz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku
tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.
Taubat: Ya Allah, hanya Engkau
Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah
salah, tak pernah zalim.
3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit: Masih banyak orang
yang suka menyalahkan takdir Allah, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk
yang menimpa dirinya.
Taubat: Berhentilah
menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah, berhentilah berdebat merasa
paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah
membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun,
berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah
merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah
memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba
kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.
Di Era saat seperti ini, maka
perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus ini, bukan sekadar dibaca tapi
difahami dan dihayati sepenuh hati.
Inilah masa untuk kita BERUBAT
DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus, dengan mental mengurangi
cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justru menambah cinta kepada Allah
sehingga rindu jannahNya Allah yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta
subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."
bacalah sebanyak-banyaknya,
sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin
kepada Allah
Jika Kita merutinkan zikir ini
maka, insyaa Allaah, Allah akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkaman
LOCKDOWN PANDEMIK COVID-19 ini.