Suka atau tidak, mekanisasi
dan robotic juga adalah penting untuk meningkatkan martabat industri sawit ke
satu tahap yang lebih tinggi. Melalui
mekanisasi, produktiviti boleh ditingaktkan seterusnya pekerja boleh dikurangkan.
Bayangkanlah pada satu ketika
nanti, mungkin akan tiada lagi pekerja yang sanggup bekerja diladang, tak ke
haru-biru – buah sawit beribu-ribu tandan, akan tetapi kalau tiada pemotong
buah, maka takdelah maknanya buah yang beribu-ribu tu. Nah, sekarang ini pun sudah
terasa keperitan mengurus ladang dengan jumlah pekerja yang kurang. Ramai yang merungut tentang kesukaran untuk
mengambil pekerja asing.
Kehilangan hasil pula
dianggarkan melebihi 20% akibat daripada kekurangan tenaga pekerja. Katalah
purata hasil ialah 22 ton/ha, jadi kalau hasil jatuh sebanyak 20%, maka hasil
yang hilang itu adalah dianggarkan lebih kurang 4 ton/ha atau 18 juta ton
daripada 4.5 juta kawasan tanaman sawit di Malaysia dan kalau kita andaikan
purata perahan minyak hanya sekadar 18% dan harga CPO sekitar RM2500, maka
kerugian yang dianggarkan boleh mencapai sehingga RM8.1 billion – fuyoo, banyak
tu. Jadi adakah masih relevan sekiranya
kita terus-menerus bergantung kepada tenaga kerja asing…
Sebenarnya, pihak MPOB dan
juga syarikat-syarikat perladangan secara progresifnya telah dan masih
menjalankan kajian mekanisasi ladang bertujuan mengurangkan kebergantungan
tenaga kerja manusia. Bermacam-macam
alatan yang digunakan bagi mengurangkan beban kerja manusia. Untuk mengangkat buah daripada dalam ladang
ke platform pengumpulan saja, sudah ada bermacam-macam inovasi, antaranya
kereta sorong yang dipasang enjin. ‘’Mechanical buffallo’, Kubota (tractor
kecil), motorsikal yang dipasang ‘cart’,
dan tak lupa juga kaedah tradisional iaitu menggunakan kerbau yang dipasang
dengan ‘cart’. Cantas pula adalah sabit
yang bermotor yang digunakan untuk memotong buah.
Bagi tujuan pembajaan,
spreader adalah yang paling popular.
Mistblower iaitu pam yang bermotor, kebiasaanya digunakan untuk
menyembur racun. Sebenarnya ada banyak
lagi inovasi mekanisasi, cuma ia tidak diguna pakai disebabkan beberapa faktor
yang melibatkan kesesuaian dan tahap ekonomiknya contohnya, jentera penuai,
vakum biji sawit dan sebagainya.
Inovasi yang dihasilkan masih
lagi belum memberikan impak yang tinggi terhadap industri sawit. Penggunaan teknologi ‘autopilot robotik’
atau ‘mechatronic’ yang memerlukan hanya seorang atau dua operator berkemahiran
tinggi dalam kerja-kerja ladang masih lagi jauh ketinggalan.
Saya rasa ada beberapa faktor
yang mungkin menyumbangkan kajian atau percubaan ‘autopilot robotik’ atau
‘mechatronic’ ini jauh daripada mendapat keutamaan dalam penyelidikan. Faktor-faktor seperti topografi, iklim/cuaca
lembab dan morfologi pokok sawit itu sendiri menyukarkan kajian bagi
menggunakan peralatan canggih tersebut.
Disamping itu juga, kemungkinan masih lagi terdapat lambakan tenaga
pekerja. Ditambah pula faktor budget kewangan yang agak besar bagi
merealisasikan projek-projek kajian bagi penggunaan teknologi tersebut.
Pada pandangan saya,
penyelidikan penggunaan ‘autopilot robotic’ perlu diteruskan sekiranya kita
hendak meningkatkan industri sawit ketahap yang lebih tinggi dan lebih berdaya
saing. Tumpuan perlu diberikan kepada proses
kerja yang agak mudah dahulu contohnya kerja penyemburan racun rumpai. Saya akui, bahawa menuai dan membaja adalah 2
kerja yang terpenting. Namun kerja-kerja
ini melibatkan beban angkatan yang besar, manakala penuaian buah pula
memerlukan pemilihan buah masak yang tepat di tambah pula ketinggian pokok
sawit yang pelbagai.
Proses penyelidikan ini
mestilah bermula daripada pendigitalan ladang yang juga termasuk pemetaan
setiap pokok dan topografi yang tepat.
Setiap teres (sekiranya ada) perlu direkodkan dan dipetakan. Koordinat setiap pokok juga perlu diambil
secara relatif yang saling berhubung diantara satu sama lain. Ini kerana penggunaan GPS untuk memandu robot
secara tepat adalah sukar disebabkan keadaan kanopi sawit dan juga topografi
yang mungkin menyekat isyarat radio GPS.
Kenapa ditumpukan kepada kerja
meracun? Kerana kerja meracun tidak membawa beban yang banyak. Mungkin dengan ketepatan penyemburan dan
formulasi baru, beban racun dan air yang dibawa tidak melebihi 10lts bagi
menyembur kawasan seluas 3 hektar untuk kadar racun 1.5 lts/ha dan campuran air
pada nisbah 1:1.
Andaikata, 1 operator
berkemahiran tinggi dan 5 tenaga pekerja biasa boleh mengawal 5 mesin-robot
bagi menyembur kawasan seluas 100 hektar sehari, maka ini bersamaan dengan 25
orang tenaga kerja bagi penyemburan racun secara konvensional. Produktiviti
penyemburan racun boleh ditingkatkan dan seterusnya seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan pekerja ladang.
Lihat perbandingan andaian
untuk 100 hektar.
konvensional
|
Autopilot-robotik
|
|
Operator berkemahiran dan
juga mandore
|
Tiada
|
RM200/hari
|
Mandore
|
RM30
|
Tiada
|
Pekerja biasa
|
RM 45 x 25hari = RM1125
|
RM45/robot x 5 orang = RM225
|
JUMLAH
|
RM1155
|
RM425
|
Beza = RM730 atau
RM7.30/ha. – Bukan sahaja menjimatkan
malah meningkatkan boleh menawarkan pekerjaan yang lebih menarik kepada anak tempatan. Sekali lagi amanat PM untuk transformasi
Negara berpendapatan tinggi boleh tercapai.
“Kadang-kadang kejayaan boleh
bermula daripada impian yang tidak masuk akal”
1 comments:
Sharing: New tech in pal oil crop - Manual oil palm harvesting is laborious and requires eccentric posture, hence its productivity is limited by the physical fitness of the harvester. Fatigue, mainly of muscle, is a major factor that would reduce harvester’s productivity.
Manual oil palm harvesting requires harvesters to lift & carry long, heavy poles with a sickle attached at the end. Harvesters spent the longest time Carrying/Lifting, where most assistance is needed. Source :
https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/palm_oil_passive_arm_assist_exoskeleton-68059
Post a Comment