COVID19 - Jalan keluar yang terbaik


Assalamualaikum warga sawitbiz,

Covid-19 dan PKP…term popular yang membawa malapetaka dan ujian dari Allah SWT. Namun, kita sebagai warga sawit amat-amat bersyukur kepada Allah yang membenarkan dan memasukan industri sawit dan rantaiannya sebagai ‘essential service’.

Hari pertama KPK agak membimbangkan juga kerana masih belum ada keputusan rayuan. Tak boleh nak dibayangkan, kalau rayuan tidak diterima..perhhh, bukan setakat kerugian malah akan ada pembaziran apabila buah sawit yang masak tidak dituai dan dibiarkan busuk diatas pokok. Alhamdulillah, Allah memakbulkan rayuan kita untuk meneruskan operasi.

Namun, pihak ladang perlu sentiasa mematuhi prosedur dan undang-undang yang digariskan. Jangan sampai kebenaran ini ditarik semula. Ketatkan akses keluar masuk ladang itulah yang terbaik.

Sama-sama kita menyumbang dalam memutuskan rantaian Covid19. Selain usaha dengan hanya duduk diam dirumah kita juga mestilah berdoa setiap waktu solat memohon kepada Allah agar menghapuskan Covid19 dari muka bumi. Pohon juga supaya Allah sembuhkan mereka yang dijangkiti Covid19 dan agar Allah mengurniakan penawar dan Vaksin Covid.

Amalkan istighfar atau zikir nabi Yunus semasa baginda terkurung didalm perut ikan.  Saya sertakan rasionalnya. Agak Panjang tapi berbaloi untuk rujukan agar kita faham.

KEPADA RAKYAT MALAYSIA

‘Nyahkan Wabak Covid-19 dari muka bumi’🪓🪓🪓
A.   JOM KITA BERISTIGFAR
100 X WAKTU PAGI SELEPAS SUBUH ATAU WAKTU DHUHA
100X WAKTU PETANG LEPAS MAGHRIB.
📍!!!!!PENTING!!!!!📍
👍JAGA SOLAT 5 WAKTU
👍JAGA AURAT
👍JAGA PANDANGAN
👍PUTUSKAN BERITA PALSU ATAU FITNAH
👍SANGKA BAIK

📌LAKUKAN DENGAN PENUH TAWADUK, KHUSYUK DAN RENDAH DIRI.

Petikan dari berita harian bertarikh Rabu, 16 Oktober 2019.

Semua masalah yang dirujuk kepadanya, Hasan al-Basri akan menyuruh supaya orang itu beristighfar. Bingung melihat perkara itu, seseorang bertanya kepadanya apakah semua masalah boleh selesai hanya dengan istighfar.

Hasan al-Basri menjawab, ia bukan penyelesaian yang beliau berikan tetapi firman Allah SWT dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakmu dan mengadakan untukmu kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?” (Nuh: 10-13)

Dari Abdullah bin ‘Abbas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang melazimi (sentiasa) membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan kelonggaran, dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah No: 3809)

“Oleh itu, jika Allah SWT mengampuni dosa kita, bermakna Dia suka kepada kita dan akan dikurniakan rezeki melimpah-ruah. Namun, jangan anggap sudah cukup istighfar sahaja, sebaliknya perkara wajib lain masih perlu dibuat,” katanya.

Beliau mengingatkan kelebihan beristighfar sangat penting dan besar. Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70 hingga 100 kali sehari.

Justeru katanya, kita perlu memperbanyakkan istighfar dan taubat kerana keutamaannya yang sangat besar dan Allah SWT yang memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa beristighfar serta bertaubat kepada-Nya.

@bilangan yang dicadanglan hanyalah panduan sahaja

B) JOM BERZIKIR DENAGN ZIKIR NABI YUNUS
PENGAJARAN KISAH NABI YUNUS (diterima melalui Whatsapp)

Nabi Yunus terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Mari kita belajar dari kisah Nabi Yunus ketika beliau sempat di LOCKDOWN oleh Allah di dalam perut ikan paus, sehingga wajar bila tubuh Nabi Yunus saat itu menjadi sangat lemah, tanpa makanan, minuman, tanpa teman bicara, dan kemungkinan besar sesak nafas sebab kekurangan oksigen.

Nabi Yunus bukan di LOCKDOWN di dalam sebuah kota atau negara, tapi beliau di LOCKDOWN di dalam perut ikan paus, di dalam kegelapan, dan tentunya di dalam lautan. Nabi Yunus benar-benar sendirian tanpa ada seorang pun manusia yang mampu menolongnya, sehingga bingung kerana tidak ada gambaran solusi sedikit pun. Terputus segala hubungan, terpisah dan keseorangan dan benar-benar telah Allah LOCKDOWN secara fizikal  dan logiknya.

Untungnya Nabi Yunus AS segera menginsafi diri, sedar diri kenapa Allah sampai menghukumnya dengan LOCKDOWN beliau di dalam perut ikan paus. Kalau kecerdasan PQ dan IQ sudah tak berdaya untuk mencari dan menemukan solusi, maka kita harus berusaha menggunakan kecerdasan EQ, SQ, dan RQ, dan itulah yang dilakukan oleh Nabi Yunus.

Mari kita perhalusi dan menghayati  perjalanan dan proses Nabi Yunus sebelum, semasa dan hingga berhasil keluar dari LOCKDOWN yang ada.

1. Bermula dari kemarahan Nabi Yunus kepada kaumnya yang sukar diajak untuk beriman kepada Allah.

2. Nabi Yunus mengancam kaumnya akan diberikan Azab apabila tidak beriman juga.

3. Nabi Yunus pergi meninggalkan dari kaumnya dalam keadaan marah, pergi naik kapal yang berpenumpang penuh.

4. Diperjalanan terjadi badai, dan kapal harus mengurangi jumlah penumpang, dan Nabi Yunus terpilih menjadi yang harus dibuang dari kapal.

5. Setelah dibuang ke laut, Nabi Yunus lalu ditelan oleh ikan paus.

6. Nabi Yunus akhirnya sedar diri bahawa dia sudah berbuat salah kerana tidak bersabar tapi malah marah dan menyalahkan kaumnya.

7. Lalu dengan kesedaran itulah Nabi Yunus bertaubat dengan kalimat "Laa Ilaaha illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin", yang ertinya "Tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim".
Inilah kalimat taubat Nabi Yunus ini lalu mengundang Rahman dan Rahimnya Allah, sehingga selamatlah ia dari cengkaman LOCKDOWN Ikan Paus.

Mari kita maknai secara mendalam tentang kalimat taubat ini. Kita  berubat dengan Taubat seperti kisah Nabi Yunus ini. Inilah saatnya untuk kita mengambil pengajaran dan hikmah.

1. Laa Ilaaha Illaa Anta.
Ertinya Tidak ada Tuhan kecuali Engkau.
Penyakit: Situasi hari ini ketika kita telah di LOCKDOWN, masih  banyak orang yang bertuhankan wang, harta, jabatan, pengaruh, glamour, like, love, followers, ilmu, khayalan dan sebagainya.

Taubat....Ya Allah saya sedar sepenuhnya mulai hari ini bahawa hanya Engkau Tuhanku. Aku masih sering menuhankan diri sendiri, mencari pujian dari makhluk, jarang memujiMu dengan tulus, dan aku sering ragu tentang kemampuanMu atas segala sesuatu, tapi malah yakin penuh atas kekuatan makhluk yang lemah. Padahal hanya Engkau yang mampu menggerakan ikan paus yang besar sampai virus corona yang kecil.

2. Subhaanaka
Maha Suci Engkau.
Penyakit: Masih banyak yang menganggap dirinya suci, paling benar, paling hebat. Atau masih banyak yang menganggap Ustadz itu pasti benar, pasti suci, tiada salah, tiada dosa. Aku tidak mahu belajar dari ustaz lainnya, kecuali ustaz yang itu.

Taubat: Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Suci. Apapun yang Engkau lakukan pasti adil dan benar. Tak pernah salah, tak pernah zalim.

3. Innii kuntu minazh zhaalimiin.
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim (lemah dan banyak salah).
Penyakit: Masih banyak orang yang suka menyalahkan takdir Allah, dan menyalahkan orang lain atas nasib buruk yang menimpa dirinya.

Taubat: Berhentilah menyalahkan orang lain, apalagi menyalahkan Allah, berhentilah berdebat merasa paling hebat, berhentilah menyalahkan pemerintah dan ulama, berhentilah membanding-bandingkan antara kerja kerajaan Malaysia dengan Korea atau Jepun, berhentilah marah-marah kepada orang yang belum mendapat hidayah, berhentilah merasa diri paling benar, berhentilah lari dari kenyataan, dan perbanyaklah memperbaiki diri, muhasabah, pengakuan akan kelemahan, kehambaan yang serba kerdil, diri yang lemah dan penuh dosa dan kesalahan diri.

Di Era saat seperti ini, maka perbanyaklah berzikir dengan doa Nabi Yunus ini, bukan sekadar dibaca tapi difahami dan dihayati sepenuh hati.

Inilah masa untuk kita BERUBAT DAN BERTAUBAT dengan melalui kalimat Zikir Nabi Yunus, dengan mental mengurangi cinta kepada dunia sehingga takut mati, tapi justru menambah cinta kepada Allah sehingga rindu jannahNya Allah yang dipenuhi kegembiraan.
“Laa Ilaaha Illaa Anta subhaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin..."

bacalah sebanyak-banyaknya, sepenuh perasaan, seyakin-yakinnya, dan setunduk-tunduknya sebaik mungkin kepada Allah

Jika Kita merutinkan zikir ini maka, insyaa Allaah, Allah akan berkenan mengeluarkan kita semua dari cengkaman LOCKDOWN  PANDEMIK COVID-19 ini.      

0 comments:

Post a Comment