Sebelum saya menulis lebih
lanjut, saya mohon ampun dan maaf kerana menyepi terlalu lama. Kekangan masa,
idea dan yang paling hebat ialah sifat malas
menulis menguasai diri. Mohon sangat sahabat sawitbiz doakan saya agar dapat
menulis di sawitbiz ni secara berterusan bermula dari tahun 2020 ni.
Tidak terlambat rasanya untuk
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2020. SELAMAT MENEMPUH TAHUN 2020. TAHUN
YANG BERMULA DENGAN HARGA SAWIT YANG SANGAT BAIK. SEMOGA KEJAYAAN BERTERUSAN
MILIK ANDA.
Racun Rumpai Generik (RRG) semakin
popular dan semakin diterima oleh petani dan peladang samada yang berskala
kecil atau berskala besar. Harganya
lebih murah daripada yang asli dan mempunyai kesan sehebat yang asli. Saya percaya ramai yang sudah mengetahui apa itu
RRG.
Kepada yang belum mengetahuinya,
RRG adalah produk yang dihasilkan oleh syarikat yang tidak memegang patent
sesuatu racun rumpai. Setiap satu racun rumpai yang dihasilkan melalu R&D
oleh sesebuah syarikat akan didaftarkan dan mempunyai patent dalam tempoh yang
tertentu. Apabila patent tersebut telah
luput tarikh maka syarikat yang bukan pemegang patent boleh menghasilkan produk
yang sama menggunakan jenama yang berlainan.
Terdapat banyak jenis RRG
dengan pelbagai jenama dan pengeluar dipasaran.
Pada entri kali ini saya akan kongsikan berkenaan racun rumpai yang popular
iaitu glyphosate.
Secara ringkasnya racun rumpai
glyphosate ini adalah racun rumpai yang dihasilkan daripada garam glyphosate isopropylamine
dan bahan-bahan asing lain. Campuran bahan asing lain adalah untuk membuatkan
racun menjadi stabil dan mudah untuk menembusi tumbuh-tumbuhan. Patent
glyphosate dihasilkan oleh Mosanto dengan jenama Roundup pada tahun 1970. Patent Glyphosate telah pun tamat.
Masa saya kecik sekitar tahun
80an memang tak pernah dengar glyphosate. Yang biasa dengar racun rumput
roundup. Maklumlah anak Felda, memang biasa dengar racun roundup ni.
Saya tidak bercadang untuk terangkan
secara terperinci sifat kimia glyphosate, saya bukan pakar kimia. Saya hendak kongsikan sedikit tip untuk
memilih glyphosate generik. Terdapat pelbagai jenama di pasaran. Nak senang, beli aje yang original Roundup
atau Sentri yang dikeluarkan oleh Mosanto.
Namun harganya memang mahal, maklumlah premium.
Kalau nak jimat, boleh guna
produk generik, tapi yang mana bagus ya? Banyak jenama memang sukar untuk
memilih, rasanya takde masalah kalau guna mana-mana jenama yang agak terkenal
dan berada dimusim kering. Namun seandainya musim hujan, tidak semua jenama
glyphosate boleh memberi kesan yang baik.
Harga produk generik berbeza walaupun
kandungan aktifnya sama. Apa yang membezakannya
adalah ‘surfactant’ atau sabun yang ditambahkan. ‘Surfactant’ inilah yang mempengaruhi keberkesanan
sesuatu racun rumpai termasuklah glyphosate generik.
Generik yang menggunakan
tallowamine menjadi pilihan saya agar tak pening kepala. Lepas meracun tak
perlu lagi ulang, tak gitu. Cuma dipasaran
memang sukar hendak tau mana yang ada tallowamine atau yang takde. Kalau tak pasti, tanya pembekal produk, insya
Allah dia orang jujur, biasanya diaorang akan bagi jenama dan harga yang berlainan
dan juga boleh terangkan surfactant yang
digunakan.
Saya sangat hargai dan
berbesar hati seandainya sahabat sekalian ada tip lain yang boleh dikongsi
disini.
Sekian
Sawitbiz
0 comments:
Post a Comment