Anugerah Dari Tuhan Yang Esa

Salam,
Kelapa sawit boleh menghasilkan minyak hampir 10 kali ganda lebih berbanding dengan minyak kacang soya bagi setiap unit kawasan bertanam.  Ini menjadikan ia tanaman yang paling ekonomik dan produktif.  Ia menjadi sumber lelemak yang terpenting dan amat diperlukan oleh manusia sejagat.  Boleh dikatakan lebih daripada 1000 macam produk daripada yang berasaskan makanan, kesihatan, kecantikan sehinggalah ke biodiesel boleh dihasilkan daripada minyak sawit.
Tanaman sawit yang dianugerahkan oleh tuhan kepada hambanya adalah satu tanaman yang dapat menaiktaraf status ekonomi kepada ramai generasi dari pelbagai peringkat jawatan.  Tidak kiralah para pekebun kecil seperti peneroka, ‘small holder’ pekerja ladang,  pengurus ladang, saintis, akauntan,  esekutif, pengarah syarikat, pedagang saham dan sebagainya mendapat limpahan kurnia daripada rezeki sawit.
Tambahan pula harga minyak mentah (CPO) yang tinggi pada kebelakangan ini.  Peneroka yang pada awalnya susah, kini sudah boleh memiliki kereta sendiri.  Pekerja dan esekutif ladang pula tersenyum lebar pada setiap awal atau pertengahan tahun tiba.  Maklumlah, bonus lebat menjelma yang akan memenuhi poket untuk sementara waktu, sebelum menyinggah di kedai-kedai perabot atau elektronik. Malah isteri masing-masing juga boleh menyising lengan hingga ke siku sambil mengoyang-goyangkan tangan. Bukannya hendak menunjuk, cuma untuk terapi mata, apabila melihat kilauan gelang emas yang sampai kesiku.
Bukan sahaja mereka yang terlibat dengan tanaman sawit yang merasai nikmat rezeki sawit, malah, Ah Lim tukang emas, Tan Radio, Awang kain di Nilai Dua apatah lagi Jusco Bukit Raja dan Giant subang Jaya  juga menerima tempias rezeki sawit.   Penduduk dunia pula dapat menikmati lelemak dengan harga yang berpatutan dan menjamin kesihatan.
Betapa besarnya pengaruh sawit terhadap ekonomi sesebuah negara.  Sehinggakan pada satu ketika, semasa ‘presentation’ baja organik, tokeh daripada kaum cina yang membentangkan ‘presentation’ tersebut, dengan secara spontan mengatakan betapa bertuahnya negara-negara pimpinan orang Islam.  Apabila ditanya, apa maksud beliau, dengan selamba beliau mengatakan bahawa kedua-dua minyak utama dipegang oleh negara pimpinan Islam.  Pertama ‘fossil fuel’ yang majoriti telaganya berada dinegara Islam. Keduanya ‘Crude Palm Oil’, juga dikuasai oleh negara-negara pimpinan Islam.
Tersentak saya sekejap…betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada umat Islam ini.  Namun tidak ramai yang bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Buktinya, kebanyakkan negara Islam masih lagi mundur. Dalam hati kecil saya mengatakan, kenapa negara Islam tidak boleh menguasai ekonomi dunia dan keluar daripada kemulut kemunduran. Persoalan yang sukar di jawab, yang pasti dan jelas ialah umat islam tidak bersatu. Itulah kunci ekonomi sebenarnya.
“Nikmat dinikmati apabila tiada”. :lol: 

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment