Butter Oil Subtitute

Salam,

Pernahkah anda mendengar ‘butter oil subtitute’ (BOS) atau mentega gantian?  Tahukah anda daripada sumber apa BOS boleh dihasilkan? dan apa pula kegunaannya?
‘Butter oil subtitute’  atau mentega gantian adalah mentega yang lebih murah yang menggantikan mentega yang berasaskan tenusu yang lebih mahal.

BOS boleh dihasilkan daripada kombinasi lelemak haiwan dan minyak  yang di hidrogenkan. (‘hydrogenated fats’).  Lelemak haiwan ini pula kebiasaannya mempunyai kolestrol yang tinggi, manakala ‘hydorgenated fats’ mengandungi asid lemak trans.  Kedua-dua lelemak haiwan dan separa ‘hydrogenated fats’ boleh memberikan risiko kepada penyakit jantung.

BOS banyak digunakan dalam industri roti, biskut dan pastry.  Berdasarkan analisa yang dijalankan oleh MPOB terhadap produk biskut  atau pastri yang dihasilkan di China, didapati ada diantara produk yang dianalisa mengandungi komposisi asid lemak yang bersumberkan lelemak haiwan.  Masaalah yang timbul ialah kepada pengguna Islam kerana tidak dapat dipastikan sumber lelemak haiwan yang digunakan adalah daripada sumber yang halal atau sebaliknya.

Dari segi kesihatan pula, pengambilan BOS bersumberkan lelemak haiwan dan separa ‘hidrogenated fats’ boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.   Sangkaan roti dan biskut sebagai makanan yang tidak memudaratkan, yang mana ia juga terletak dikedudukan piramid makanan yang paling bawah juga adalah meleset.

Kalau dilihat daripada hasil kajian MPOB yang menunjukkan bahawa roti dan biskut mengandungi BOS, maka boleh dikatakan bahawa pengambilan roti dan biskut juga tidak akan terlepas sebagai penyumbang kepada risiko penyakit jantung.

Roti, biskut dan pastri yang menjadi makanan ruji dan  kerap dimakan dan diambil secara berlebihan dan disapu pula dengan majerin yang juga mengandungi asid trans ini menjadi peyumbang secara senyap kepada peningkatan risiko penyakit jantung.

Namun melalui penyelidikan MPOB yang dilaporkan didalam TOT bilangan 477 dibawah tajuk ‘ Palm-based trans fatty acid-free butter oil subtitute’ telah berjaya menghasilkan BOS yang berasaskan minyak kelapa sawit.  Ujian yang dijalankan menunjukkan BOS berasaskan minyak kelapa sawit menyamai ciri-ciri mentega berasaskan tenusu dan juga BOS berasaskan lelemak haiwan.  Ia telah berjaya menggantikan BOS berasaskan  lelemak haiwan tanpa mengubah tekstur dan rasa produk tersebut.

Dari segi kesihatan,  BOS berasaskan minyak sawit adalah menyihatkan kerana ianya adalah bebas kolestrol dan bebas asid trans tidak seperti lelemak haiwan dan separa ‘hydrogenated fats’.  Sudah tentu ianya halal.

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment