Teknik meracun tikus


Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, berikut adalah beberapa teknik yang boleh saya kongsikan yang boleh dijadikan panduan.
  1. Pertamanyan ialah census iaitu rekodkan ‘fresh rat damage census’ ketika menjalankan ‘bunch census’.  Sekiranya tiada ‘bunch census’ maka digalakkan untuk membuat ‘fresh rat damage census’ sekurang-kurangnya sekali setahun.
  2. Jalankan kempen mengumpan apabila ‘fresh rat damage’ melebihi 5%
  3. Rancang keluasan mengumpan dan jumlah pekerja yang diperlukan.
  4. Kira jumlah umpan untuk diberikan kepada setiap pekerja sebelum kerja mengumpan dan kira baki umpan selepas kerja mengumpan pada hari yang sama.
  5. Jumlah umpan yang digunakan di pokok kelapa sawit adalah bersamaan dengan jumlah umpan yang diberikan kepada pekerja sebelum mengumpan ditolak dengan baki umpan yang dipulangkan oleh pekerja selepas mengumpan.
  6. Tempat letak umpan:-
    • Satu umpan untuk satu pokok.
    • Pokok berumur 1-3 tahun – dikawasan ‘palm circle’ .
    • Pokok matang – di atas ‘frond bud’, 2 kaki dari aras tanah.
    • Ada juga kaedah yang meletakkan umpan di atas ‘frond stacking’ – tidak digalakkan kerana sukar untuk mendapat kiraan baki yang tepat.  Kadangkala umpan hilang bukan kerana tikus ambil.
    • Sekiranya terdapat kawasan tikus yang tamak, maka bolehlah diletakkan 2-3 umpan sekali pada satu-satu pusingan atau gunakan umpan yang bersaiz besar.
  7. Sambung kerja mengumpan pada kesokkan harinya dan lakukan proses 3 dan 4 semula.
  8. Masuk semula kawasan yang sama untuk pusingan mengumpan yang kedua selepas 4 hari untuk umpan generasi pertama dan 7 hari untuk generasi kedua.  Gantikan umpan yang telah diambil/tiada diatas pokok. Umpan yang masih ada tidak perlu digantikan.
  9. Ulang proses 7 untuk pusingan yang berikutnya sehingga ‘acceptance’ jatuh keparas 30% ke bawah.
    1. Contohnya apabila 1360 umpan yang diberi sebelum proses mengumpan dan pekerja memulangkannya semula umpan sebanyak 952.  Jadi, umpan yang diganti pada pusingan ini adalah sekadar 408 sahaja atau hanya 30% daripada jumlah pokok yang diumpan.
  10. Ada juga yang menggunakan kaeadah mengumpan 100% gantian umpan untuk 3 pusingan berturut-turut tanpa mengambil kira samada umpan pada pusingan sebelumnya telah diambil atau belum.  Selepas 3 pusingan, ‘fresh rat damage census’ dijalankan.  Kempen dihentikan apabila  ‘fresh rat damage’ jatuh keparas 5%.  Kaedah ini tidak memerlukan kiraan peratusan ‘acceptance’ sebagai asas untuk menamatkan kempen.
Tip and trick
  • Kebiasaannya produktiviti pekerja untuk pusingan pertama iaitu pada 100% perletakkan umpan ialah 1 orang untuk 8-10 hektar/hari bagi kawasan rata dan sedikit beralun, manakala kawasan teres boleh mencapai sekadar 5-6 hektar/hari.
  • Rancangkan keluasan mengumpan untuk satu hari adalah secukupnya untuk meliputi keseluruhan blok.
    • Contohnya, sekiranya hanya ada 5 orang pekerja untuk mengumpan, maka perlu pastikan hanya 50 hektar maksimum sahaja (kawasan beralun/rata) untuk satu hari.  Jadi untuk pusingan pertama, pastikan mengumpan pada blok yang berkeluasan kurang daripada 50 hektar sahaja.
    • Andaikata tiada blok yang sekecil ini maka perlulah dipastikan umpan yang diberikan meliputi seksyen yang disempadani oleh sempadan yang nyata.  Pastikan sempadan kerja mengumpan untuk hari tersebut ditandai oleh sungai atau jalan bukannya pokok yang terletak ditengah.  Ini untuk memastikan proses penyambungan kerja mengumpan pada keesokkan harinya adalah lebih mudah, tepat dan kurang kesilapan disamping kerja penyeliaan dan supervisi yang lebih cekap.
  • Pastikan jumlah pokok dalam data palm census  adalah tepat.  Anda boleh gunakan data palm census ini bagi tujuan pemantauan pada pusingan pertama.   Sekiranya data palm census adalah tepat maka sepatutnya jumlah umpan yang diletakkan oleh pekerja adalah sama dengan data palm census atau setidak-tidaknya tidak banyak perbezaan.   Pengalaman saya, kadangkala terdapat perbezaan yang sangat ketara diantara jumlah umpan pada pusingan pertama (100%) dengan jumlah pokok di data palm census.  Ada 2 sebab terjadinya data seperti ini :-
    • Pertamanya – data census yang tidak tepat.
    • Keduanya – pekerja cuba menipu. e. g Ada kawasan yang tidak diberi umpan atau umpan diberikan lebih untuk satu pokok.
  • Periksa secara rawak kawasan yang telah diumpan sejurus selepas kerja mengumpan.  Beri perhatian dikawasan yang sukar seperti dikawasan paya dan berbukit.
  • Digalakkan untuk menanda lorong yang diumpan dengan cebisan kertas suratkhabar yang ditulis nombor yang mewakili pekerja yang mengumpan dilorong tersebut.  Suruh pekerja klip cebisan kertas itu pada daun atau pangkal pokok dipokok yang pertama ditepi jalan.  Teknik ini dapat meningkatkan kecekapan pantauan.  Hanya pekerja yang membuat kesalahan sahaja yang ditegur.  Ia dapat dibuktikan apabila lorong yang ditandai nombor pekerja tersebut tidak mendapat umpan yang secukupnya.  Teknik ini boleh juga digunakan dalam kerja-kerja pembajaan dan penuaian secara manual.
  • Peta GPS yang lengkap dengan jalan dan sungai serta jumlah pokok bagi setiap seksyen yang disempadani oleh jalan dan sungai bagi setiap blok dan field adalah alatan yang terbaik untuk meningkatkan kecekapan penyeliaan.
  • Umpan yang tidak diambil oleh tikus akan berkulat selepas 2-3 minggu.  Tikus tidak akan mengambil umpan yang berkulat.  Adalah digalakkan untuk mengambil semula umpan yang berkulat dan digantikan dengan umpan baru.  Peratus ‘acceptance’ boleh dikira dengan mencampurkan balik umpan berkulat yang telah diambil. Contohnya :-
    • Jumlah umpan yang diberi ialah 1000
    • 100 umpan berkulat diambil dan diganti.
    • 700 umpan baki dan dibawa pulang.
    • Jadi peratus ‘acceptance’ atau jumlah umpan yang diganti ialah ((1000-(700 + 100))/1000 x 100 = 20%.
Setakat ini sahaja teknik dan tip-tip yang boleh saya kongsikan.  Sekiranya anda ada tip yang lain yang boleh dikongsikan bersama, diharap boleh dituliskan diruangan komen dan saya sangat-sangat hargainya demi kemajuan industri sawit.
Sekian.

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment