Kawalan Oryctes

Saya pasti ramai ‘planter’ yang pernah mengalami masalah oryctes ini.  Mungkin ramai juga yang sudah menegtahui teknik untuk mengatasinya.  Namun bagi mereka yang baru dalam bidang kelapa sawit, untuk pengetahuan anda, kumbang badak ini adalah serangga yang paling ditakuti oleh ‘planter’ pada ketika usia pokok kelapa sawit yang masih muda iaitu bermula daripada menanam hinggalah ke usia sekitar 2 tahun.

Serangan biasanya boleh dikesan selepas 6 bulan ditanam.  Namun sekiranya kawasan tanaman sawit anda adalah berhampiran dengan kilang kelapa sawit atau kawasan tanaman semula yang lain yang telah diusahakan setahun lebih awal daripada tanaman kelapa sawit anda, maka serangan seawal seminggu selepas penanaman kelapa sawit adalah tidak mustahil.

Pokok kelapa sawit mengeluarkan sejenis hormone yang dikenali sebagi pheromone yang biasanya dirembes daripada bahagian pucuk.  Pheromone inlah yang menarik oryctes untuk menuju kebahagian pucuk atau pangkal kelapa sawit muda dan seterusnya meneruskan aktiviti penggerudian.
Serangan yang serius boleh menyebabkan pokok kelapa sawit mati atau terencat.  Untuk mengenali serangan oryctes adalah melalui lubang-lubang yang digerudi pada bahagian pangkal batang, pelepah atau pucuk.  Kadangkala pucuk yang berkembang akan menunjukkan seperti digunting dibahagian atasnya.  Ini menunjukkan bahawa oryctes telah menyerang dibahagian tengah pucuk sawit semasa pucuk tersebut masih berada pada peringkat menguncup.  Kesan oryctes yang baru biasanya ditandai oleh lubang gerudi yang berwarna coklat keputihan dan masih berair yang juga terdapat fiber-fiber daripada bahagian batang atau pelepah kelapa sawit yang terburai akibat digerudi.

Teknik mengawal.
Kaedah menyembur racun Blocus adalah yang paling popular. Campuran Blocus adalah 60ml kedalam tangki berkapasiti 10 liter air atau 100ml blocus kedalam 16 liter air (muatan tangki CKS).  Gunakan pam CKS yang bernozel skurang-kurangnya 375 lts/ha isipadu semburan (spraying volume). Campurkan juga adjuvant seperti Agridex bagi tujuan perlekatan dan penyembaran racun yang lebih sekata dan tahan lebih lama pada bahagian yang disembur.  Semburkan campuran racun kearah pucuk hingga ke bahagian pangkal pokok kelapa sawit.  Pastikan semburan meliputi ke sekeliling bahagian ini.  Gunakan nozzle yang ada L shape untuk memudahkan kerja penyemburan pucuk kelapa sawit.

Kebiasaannya pokok kelapa sawit yang bersaiz kecil (kurang setahun) memerlukan lebih kurang 150ml semburan untuk sepokok atau 1 tangki 16lts boleh menyembur lebih kurang 106 pokok kelapa sawit.  Bagi pokok kelapa sawit yang berusia lebih setahun, maka digalakkan untuk menaikkan kadar semburan kepada 200-250ml bergantung kepada saiz pangkal.  Perlu diingat, dos campuran iaitu 100ml blocus ke dalam 16 liter air adalah tidak berubah, yang berubah hanyalah kadar semburannya sahaja.

Racun Blocus bertindak dalam 2 cara.  Racun ini boleh membunuh oryctes yang terkena racun akibat daripada sifatnya yang ‘gelojoh’ untuk menggerudi pangkal atau pucuk pokok kelapa sawit yang telah disembur oleh racun.  Racun ini juga boleh bertindak sebagai ‘repellent’ dimana oryctes yang biasanya lebih ‘bersopan’ tidak sibuk terbang untuk menuju ke pangkal atau pucuk kelapa sawit bagi tujuan menggerudi pangkal kelapa sawit tersebut.

Tindakan orcytes yang gelojoh boleh mematikan pokok, namun tindakan oryctes yang bersopan juga tidak kurang bahayanya.  Ini kerana oryctes tersebut tidak mati dan akan mendarat di bawah kepingan (chip) batang kelapa sawit yang mereput dan apalagi meneruskan aktiviti pembiakannya.  Masalah juga timbul pada pokok kelapa sawit yang berusia lebih 2 tahun dimana penyemburan racun blocus sudah dihentikan.  Oryctes yang bersopan ini akan memilih untuk menggerudi pokok yang besar ini walaupun sudah keras (“apa boleh buat daripada mati, lebih baik gerudi yang sudah tua ini”…kata oryctes lah agaknya).

Untuk mengatasi masalah oryctes yang bersopan ini saya cadangkan agar dipasang perangkap pheromone di kawasan yang bersempadan dengan pokok yang berumur 2 tahun.  Ada juga yang menyembur Metharizium iaitu sejenis kulat hijau yang boleh membunuh oryctes dan larva-larvanya juga.  Semburan metharizium boleh dilakukan dikawasan timbunan batang kelapa sawit yang mereput dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.  Adalah digalakkan untuk menyemburnya sehingga 4 kali setahun bagi memastikan kelangsungan hidup mikrob di kawasan semburan.

Sekian

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment