Tikus Yang Sombong

Tahukah anda terdapat tikus yang sombong di ladang kelapa sawit? Bukan itu sahaja, malah ada juga tikus yang tidak tahu malu dan kadang kala tunjuk lagak.  Pernahkah anda terserempak dengan tikus yang berlari-lari di jalan-jalan ladang.  Ada juga yang berdiri sekejap sambil memerhatikan kita.  Kalau anda pernah mengalami peristiwa yang saya sebutkan tadi, buah sawit anda adalah dalam bahaya.

Apa yang saya maksudkan tentang tikus yang sombong ialah tikus yang tidak mengambil umpan yang enak yang diberikan kepada mereka.  Kadangkala hanya sedikit sahaja umpan yang digigit.  Sebenarnya istilah yang lebih tepat yang digunakan ialah ‘bait shyness’.  Hal ini juga telah dibincangkan oleh Mr Chung Gait Fee dalam majalah Planter keluaran Feb 2011, m/s 79.
Mr Chung lebih menekankan kepada masaalah yang dihadapi apabila umpan yang diberikan tidak diambil oleh tikus.  Berdasarkan pengalaman beliau,  hanya  2-3 pusingan kempen mengumpan yang dijalankan sebelum peratus pengambilan umpan oleh tikus jatuh ke paras 20%, akan tetapi kerosakan biji sawit segar oleh tikus masih lagi berada pada paras yang tinggi (>5%).

Pemerhatian di ladang pula menunjukkan masih terdapat banyak umpan-umpan yang tidak disentuh.  Ada pula umpan yang telah berkulat.  Kawalan tikus perosak tidak mencapai tujuan dan berlaku pembaziran tenaga dan umpan beracun yang diberikan.  Akibat daripada ini, kehilangan hasil dari segi perahan minyak boleh mencapai sehingga lebih daripada 10% bergantung kepada jumlah populasi tikus sesuatu tempat.
Dalam perbincangan beliau, tidak pula dinyatakan sebab terjadinya ‘bait shyness’.  Pada pendapat saya, ‘bait shyness’ boleh berlaku dalam 2 keadaan.
  • Pertamanya – Umpan yang sama diberikan dalam setiap kempen.  Kemungkinan ada satu generasi yang boleh mengesan bahaya daripada umpan yang diberikan adalah tidak mustahil.
  • Keduanya – Kandungan umpan itu sendiri yang tidak berjaya menarik tikus untuk memakannya.  In terjadi samada dari segi makanan yang digunakan untuk membuat umpan adalah tidak sesuai atau kadar lilin atau ‘waxy’ yang digunakan berlebihan sehingga menutup bau makanan daripada umpan.  Persoalannya, kenapa umpan yang sama digunakan pada tahun lepas namun kadar pengambilan umpan pada tahun lepas adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun semasa dengan kadar pengambilan umpan menurun dengan drastik.  Terdapat 3 kemungkinan yang memungkinkan berlakunya situasi seperti ini.
    1. Kadar bahan awet yang digunakan lebih tinggi daripada biasa.
    2. Kadar lilin atau waxy yang lebih tinggi daripada biasa.
    3. Umpan yang telah luput tarikh dan telah berkulat.
Kemungkinan yang ketiga sukar untuk berlaku namun tidak mustahil terutamanya apabila pembeli tidak perihatin.  Pembeli atau pengguna perlu memeriksa kualiti umpan yang dibeli.  Pulangkan semula umpan yang baru dibeli apabila umpan telah luput tarikh atau umpan telah berkulat.  Umpan yang berkulat tidak akan diambil oleh tikus.

Kemungkinan yang pertama dan kedua boleh berlaku, lebih-lebih lagi apabila pengilang mendapat komplain yang mana umpan tidak boleh tahan lama untuk disimpan dan umpan yang berada diladang cepat berkulat. Jadi, adalah tidak mustahil pihak pengilang akan menaikkan bahan awet dan kandungan lilin untuk keluaran umpan yang seterusnya bagi mengatasi masalah yang tersebut.
Untuk mengatasi ‘bait shyness’, saya bersetuju dengan Mr Chung iaitu dengan meningkatkan jumlah kotak sarang burung hantu.  Anggaran 1 sarang untuk 20 hektar adalah memadai apabila populasi burung hantu kurang daripada 80%.  Namun sekiranya populasi burung hantu meningkat, maka tambahkan sarang secara berperingkat sehingga ke paras yang paling tinnggi iaitu 1 sarang 5 hektar.

Mr Chung juga berpendapat untuk memberi umpan kosong (tidak beracun) 2-3 pusingan sebelum menggunakan umpan beracun.  Saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau kerana pada saya tikus tidak memilih umpan tersebut beracun ataupun tidak, kalau pun ia bersikap pemilih, 2-3 pusingan tidak mencukupi untuk membentuk sifat memilih haiwan tersebut terhadap umpan yang diberikan.  Apa yang penting, adalah sifat umpan beracun itu sendiri sebagaimana yang telah saya bincangkan diatas.

Pendapat beliau yang lain adalah seperti meningkatkan penyelidikan penggunaan ‘larva Oryctes’ sebagai bahan makanan umpan, penggunaan umpan jenis jeli dan meningkatkan lagi penyelidikan untuk mencari makanan yang sesuai sebagai kandungan umpan.

Pada saya, jalan terpantas untuk mengatasi masaalah ini ialah gunakan umpan yang berlainan pada setiap kempen.  Pastikan racun asas dan makanan didalam umpan beracun tersebut adalah dari sumber yang berlainan agar bau yang terhasil adalah berlainan daripada sebelumnya.

Sekian

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment