Tikus Yang Tamak

Salam,
Adakah anda mengalami masaalah tikus diladang kelapa sawit?  Pernahkah anda mengalami dimana umpan racun yang diberi tidak terusik? Ataupun umpan racun yang diberi diambil dengan kadar yang tinggi sehinga 9-10 pusingan mengumpan, namun kesan makan tikus keatas buah masih serius? Atau umpan racun bertukar menjadi rosak?
Untuk pengetahuan anda, saya pernah mengalami masalah tikus yang suka mengambil umpan yang diberi.  Umpan yang diberi diambil kesemuanya. Adakalanya kadar pengambilan umpan masih lagi tinggi walaupun telah mengumpan sehingga 9 pusingan.  Lebih menghariankan lagi apabila  terdapat kesan gigitan tikus yang masih segar walaupun telah mengumpan sehingga 9 pusingan.  Seolah-olah umpan yang diberi seperti member tikus makan sahaja tanpa member kesan beracun kepada tikus yang mengambil umpan tersebut.
Terdapat 2 kemungkinan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
  • Yang pertamanya, tikus mengambil kesemua umpan dikawasan jajahannya dan menyorokkan didalam tempat persembunyiannya atau sarangnya bagi tujuan stok makanan.
  • Keduanya – kemungkinan juga boleh berlaku mutasi pada tikus dimana tikus telah imun kepada racun yang diberi.
Pada pendapat saya, alasan yang pertama adalah lebih rasional kerana kesemua tikus yang ditangkap dan diberi makan racun yang serupa, mati dalam jangkamasa 7-8 hari.  Hanya seekor-dua sahaja yang bertahan sehingga lebih 8 hari, namun mati jua akhirnya.  Makanan dan minuman diberikan secukupnya sepanjang ujian.

Pemerhatian diladang pula, menemui 2-3 umpan di lokasi yang disyaki sebagai sarang tikus yang mana penemuan ini telah juga memberi sedikit sebanyak bukti yang menunujukkan tikus telah menyorokkan umpan yang diambil.

Secara asasnya, untuk tikus menjadi imun terhadap racun yang diberi memerlukan jangkamasa yang agak lama, dimana tikus tersebut perlu makan racun dengan dos yang tidak boleh mematikannya dan dimakan secara kerap atau berkala sehingga terbentuk kekuatan imunisasi terhadap racun didalam sistem badan tikus yang kemudiannya diwariskan pula  kepada anak-anak mereka. Kemungkinan untuk berlakunya imunisasi adalah jarang namun ianya adalah tidak mustahil.
Bagi meminimumkan risiko imunisasi, adalah digalakkan untuk menggunakan jenis umpan yang berlainan pada setiap kempen mengumpan.  2-3 jenis umpan adalah memadai untuk di gunakan bagi 2-3 kempen, iaitu satu kempen satu jenis umpan dan kempen yang berikutnya pula gunakan umpan daripada jenis yang lain.

Adalah memadai untuk memberi satu umpan beracun untuk satu pokok bagi setiap pusingan.  Hanya gantikan umpan pada pusingan berikutnya apabila umpan tersebut telah diambil atau tiada ditempatnya.  Pendapat yang menyatakan keperluan untuk meletakkan lebih daripada satu umpan adalah tidak berbaloi dan mungkin juga membazir.  Ini adalah kerana tikus akan mengambil kesemua umpan yang diberikan dan disorok disarangnya.

Kadar kematian yang bukan serta merta selepas makan racun juga boleh menjadi penyebab kepada ketidakperluan bagi meletakkan lebih daripada satu umpan pada satu pokok dalam satu-satu masa.  Tikus tersebut masih hidup dalam jangkamasa 7-8 hari dan potensi untuk mengambil kesemua umpan yang diberi adalah tinggi.  Umpan yang dikumpulkan pula boleh bertukar menjadi busuk dan rosak.  Ini akan menyebabkan penolakkan oleh tikus.

Sifat tikus yang boleh dikategorikan sebagai tamak adalah sukar untuk diatasi.  Pemberian satu umpan untuk satu pokok adalah memadai asalkan mereka makan umpan tersebut dan kematian tikus pasti akan berlaku.  Berdasarkan pengalaman saya, populasi tikus dikawsan tikus ‘tamak’ ini tetap akan berkurangan walaupun terpaksa mengumpan sehingga 9-10 pusingan dan mungkin juga melebihi 15 pusingan.

Kemungkinan untuk perlu menjalankan 2 kempen mengumpan dalam setahun dikawasan populasi tikus yang tinggi adalah tidak mustahil.  Kaedah mengumpan, henti dan sambung mungkin perlu. Ini bermakna anda perlu berhenti mengumpan sehingga maksimum 6 pusingan walaupun peratusan pengambilan umpan masih lagi tinggi.  Kempen kedua pula perlu disambung selepas 3-4 bulan berakhirnya pusingan ke enam bagi kempen pertama.  Lakukan juga sebagaimana kempen yang pertama.  Sambung kempen seterusnya dalam jangkamasa yang sama iaitu 3-4 bulan selepas pusingan terkahir bagi kempen sebelumnya, sehingga terdapatnya satu kempen yang mana pengambilan umpan oleh tikus jatuh keparas 30% pada pusingan ke 6 atau sebelumnya.  Atau kadar ‘fresh damage’ dibawah 5%.

Digalakkan juga supaya ujian racun keatas tikus yang ditangkap dijalankan secara berkala.  Ia adalah penting untuk mengetahui samada tikus akan mati atau tidak apabila memakan racun yang diberi.  Hasil ujian pemberian makan umpan neracun juga boleh member petunjuk terhadap kemungkinan kejadian ‘bait shyness’.

Anda tahu apa itu ‘Bait Shyness’? Kalau tahu baguslah, namun kalau yang tidak mengetahuinya, saya akan kupaskannya di entri yang akan datang.  Saya akan menyentuh juga kaedah mengumpan yang sistematik dan jenis-jenis racun tikus antigumpal yang terdapat dipasaran pada entri yang kan datang.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment