Hari ini saya hendak menyentuh sedikit berkenaan unsur fosforus atau P2O5. Kebanyakkan tanah-tanih di Malaysia kurang mengandungi unsur P. Sekiranya adapun, ianya akan dipegang oleh tanah dengan ikatan Ferum dan Alluminium.
Pokok sawit memerlukan lebih kurang 300 ke 400 gm unsur P setahun. Keperluannya tidak sebanyak keperluan bagi unsur K atau N, namun kepentingannya adalah ketara. Fosforus terdapat dalam DNA dan RNA yang mana kedua-duanya penting dalam penyimpanan dan pemindahan kod-kod genetik pokok sawit. Unsur P juga terdapat dalam ATP, iaitu sebatian yang terlibat dalam proses penggunaan tenaga oleh sel-sel tumbuhan. Kekurangan unsur P boleh menyebabkan gangguan terhadap genetik pokok dan penghasilan tenaga bagi perkembangan sel-sel tumbuhan. Maka sudah tentu pertumbuhan pokok akan terbantut.
Tenaga juga diperlukan untuk pembentukkan bunga dan buah. Kekurangan P yang mana akan melemahkan fungsi ATP, besar kemungkinan boleh menyebabkan pokok sawit tidak dapat mengeluarkan bunga dan buah. Kebiasaannya pokok sawit akan mengutamakan pertumbuhan vegetatifnya berbanding bunga. Maka jika terdapat unsur nutrient yang tidak mencukupi, kemungkinan unsur yang kurang ini digunakan dahulu untuk tumbesaran pokok berbanding pengeluaran bunga/buah.
Antara tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pokok sawit akibat kekurangan unsur P boleh dilihat apabila terdapat pelepah yang pendek, pertumbuhan terbantut, pengecilan batang, juga apabila batang sawit besar dipangkal namun meruncing keatas dan saiz buah/tandan yang kecil. Namun tidak terdapat perubahan warna daun yang ketara.
Tanah yang mempunyai kandungan P yang kurang pula biasanya boleh dilihat melalui simptom yang di keluarkan oleh lalang yang tumbuh disesuatu kawasan tersebut. Sebahagian daun lalang menunjukkan warna keungguan.
Unsur P boleh diberikan kepada sawit melalui pembajaan. Sumber P biasanya diperolehi daripada Rock Phosphate. Jenis-jenis baja P ialah CIRP, ERP, JRP, TSP, DAP, Bayovar dan sebagainya. Ia juga boleh didapati dalam baja sebatian seperti CHB44, KKS 44, NPK yellow/blue. Jenis yang mahal dan mempunyai kadar larut yang baik ialah TSP and DAP. Sekiranya ada modal bolehlah gunakan TSP dan DAP. Kadar yang biasa digunakan ialah 1.5kg-2.5kg RP/pokok/tahun. Sekiranya menggunakan baja jenis TSP dan DAP, kadarnya boleh dikurangkan kepada 1.0kg/pokok/tahun.
Namun, berhati-hatilah dengan penggunaan TSP dan DAP kerana kandugan P yang tinggi dan mudah larut boleh menyebabkan unsur P yang berlebihan kepada pokok sawit. Unsur P yang berlebihan juga tidak baik untuk pokok sawit. Unsur yang berlebihan akan menyebabkan akar mengandungi P yang tinggi. Ini akan menghalang pengambilan unsur mikro seperti Cu, Zn dan Fe.
Selain daripada itu, baja jenis yang lain juga boleh mengakibatkan antagonistik kepada unsur K atau kalium. Rock phosphate bukan sahaja mengandungi P2O5, ia juga mengandungi Kalsium. Unsur kalsium yang berlebihan boleh merencatkan pengambilan unsur K oleh akar.
Pengambilan P juga bergantung kepada kandugan Nitrogen. Sekirannya pokok sawit mengalami kekurangan unsur N maka pengambilan unsur P adalah tidak berkesan. Pemberian unsur P juga dipengaruhi oleh jenis tanah. Tanah yang mempunyai kandungan liat dan unsur Alluminium dan Ferum yang tinggi boleh menjerap unsur P yang diberi melalui pembajaan.
Dimana tempat yang sesuai untuk pembajaan RP? Tuan Halim ada menerangkan berkenaan aplikasi P ini dalam ruangan komen dibawah tajuk pertumbuhan akar. Bagi meningkatkan kecekapan pengambilan unsur P, adalah digalakkan pembajaan RP ditaburkan di atas timbunan daun pelepah kerana terdapat bahan organik yang tinggi serta kadar kelembapan yang baik. Kadar fixation oleh tanah boleh dikurangkan dengan kehadiran bahan organik.
Rujukan :- Oil Palm – Management for large and sustainable yields – Edited by Thomas Fairhurst and Rolf Hardter.
1 comments:
Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?
Buah kelapa sawit terlalu kecil?
Hasil tuaian makin kurang?
Daun pokok berwarna kuning?
Pokok tidak sihat?
Jom cuba Baja Gosawit
Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.
Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.
Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.
Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.
Anda mampu mengubahnya!!!
Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my
Post a Comment