Jenis Baja Rock Phosphate

Catatan daripada Rakan Sawitbiz iaitu En Halim.

Mungkin ada yang ingin bertanyakan mengenai sumber-sumber Phosphate yang biasa terdapat di pasaran bagi tunggal.(Minta dibetulkan tuan Adaem, jika ada kesalahan pengiraan), untuk sumber phosphate di bawah, jika % solubilitinya rendah -kesan adalah lambat berbanding % solubiliti yang tinggi. Warna pada sumber phosphate ni biasanya dipengaruhi oleh element-element lain yang terdapat dalam komposisinya. Seperti yang diterangkan di atas :

1. CIRP(Christmas Island Rock Phosphate)
Warna : Pale Brown
Bentuk : Powder
Kandungan P2O5 – 32.5-33.0%
Kandungan P – 14.2%
% Solublity (2% Citric Acids) – 28.5%
( 1kg CIRP mempunyai 142gram P), so
kalau keperluan sawit seperti Mr
Adaem katakan 300-400gram P setahun –
ia memerlukan ~ 2.1 -2.5kg CIRP /pokok
/setahun (bergantung juga kepada
jenis tanah), ada yang tanah yang
hanya perlu pembajaan P yang minima.

2. (JPR) Jordan PR
Warna : Pale Brown
Bentuk : Powder
Kandungan P2O5 – 32.5%
Kandungan P – 13.%
% Solublity (2% Citric Acids) – 40.9%
( 1kg JPR mempunyai 130gram P), so
kalau keperluan sawit seperti Mr
Adaem katakan 300-400gram P setahun –
ia memerlukan ~ 2.3 -3.0 kg JPR /pokok
/setahun.

3. TSP(Triple Super Phosphate)
Warna : Pale White
Bentuk : Chip/granular
Kandungan P2O5 – 46.0%
Kandungan P – 20.4%
% Solublity (2% Citric Acids) – 100%
( 1kg TSP mempunyai 204 gram P), so
kalau keperluan sawit seperti Mr
Adaem katakan 300-400gram P setahun –
ia memerlukan ~ 1 -1.5kg TSP/pokok
/setahun.

4. China PR (CPR),
Warna : Pale Brown
Bentuk : Powder
Kandungan P2O5 – 34.3%
Kandungan P – 15.0%
% Solublity (2% Citric Acids) – 21.3%
( 1kg CPR mempunyai 150 gram P), so
kalau keperluan sawit seperti Mr
Adaem katakan 300-400gram P setahun –
ia memerlukan ~ 2.0-2.5kg CPR /pokok
/setahun.

5. Diammonium phosphate (DAP)
18% Nitrogen
% P2O5 – 46.0%
Kandungan P -20.1%
White,powder
( 1kg DAP mempunyai 201 gram P), so
kalau keperluan sawit seperti Mr
Adaem katakan 300-400gram P setahun –
ia memerlukan ~ 1 -1.5kg DAP/pokok
/setahun. Tambahan bagi DAP adalah ia
mengandungi Nitrogen (18%) dari
sumber ammonium. Berakali.
6. Baja Chemical Compound (cth
formulation – 12/12/17)
% P2O5 – 12%
% P – 5.2%
(1kg baja compound ini mengandungi
52gram unsur P, dengan tidak mengira
unsur lain,untuk mencukupkan
keperluan P (300gram P), ia perlukan
lebih kurang 5-6kg/tahun baja
compound berformulakan di atas.
Dalam bidang agronomi, ada istilah law of minimum, dimana kadang-kala jika lain-lain nutrien selain dari P, adalah optimum dan melebihi keperluan minimum, kadang-kala keperluan nutrien ini boleh berkurangan, dan penghasilan tetap maksimum.
Bagi menambahkan efisien baja P yang diberikan pada pokok, pada pendapat saya penambahan unsur zeolite/organic/humic acid perlu dibuat bagi tanah yang bermasalah dan selalu mengalami pokok bantut seperti tanah laterit/mallaca series etc.
* pernah jumpa baja compound dipasaran berformulakan 40/40/60 -rasa-rasanya sumber untuk P tu diorang ambil dari mana, kalau dari DAP pun P(46% -P2O5 -mcmmana dengan campuran lain N dan K)….
Halim

2 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Unknown said...

Pm

Post a Comment