High Oil Palm Yield On Sandy Soils

Salam,
Sebagaimana yang telah saya janjikan dalam coretan pada minggu yang lepas berkenaan teknik menguruskan tanaman kelapa sawit di kawasan marginal, hari ini saya akan bincangkan berkenaan pengurusan tanah berpasir.  Siri tanah jenis yang paling berpasir ialah siri Bris.  Tekstur pasir yang ada dalam siri Bris boleh menyebabkan pokok kelapa sawit mengalami ‘stress’ yang teruk.  Ini kerana tanah berpasir tidak atau sangat kurang keupayaannya dalam memegang dan menyimpan air dan zat nutrisi.

Kadungan zat nutrisi dan bahan organik semulajadi yang terdapat di tanah berpasir adalah sangat minimum.  Kadar pertukaran kationnya juga adalah sangat rendah.  Namun siri tanah berpasir kebiasaanya mempunyai pH yang kurang berasid jika dibandingkan dengan tanah liat.

Selain daripada itu, masalah anak pokok sawit yang baru ditanam akan bengkok atau tumbang juga boleh dijangkakan lebih-lebih lagi di kawasan pasir yang mempunyai tekstur yang longgar.
Penekanan kecekapan mengawal faktor nombor 2 (baka tanaman) dan 3 (pengurusan dan penjagaan) adalah sangat penting supaya pokok kelapa sawit yang ditanam dikawasan berpasir boleh memberi pulangan yang hampir setanding dengan tanah yang subur.
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah :-
  1. Baka tanaman – pastikan memilih anak pokok yang baik.  Jauhkan sama sekali anak pokok yang ‘runt’ atau abnormal.  Sudah semestinya digalakkan untuk membeli daripada pengeluar yang ternama seperti Felda, Sime Darby, Kulim nursery, AAR, Sawit Kinabalu atau UP.   Cuba dapatkan info sumber anak pokok yang hendak dipilih.  Persoalan berkeanan kawasan asal biak bakanya perlu diutarakan.  Adalah digalakkan agar memilih anak benih yang berasal daripada kawasan biak baka yang kurang menerima hujan.  Walaupun tidak dapat dibuktikan hubungannya namun sedikit sebanyak ia boleh juga memberi kesan kerana kawasan yang bakal ditanam mempunyai potensi mengalami kekurangan air.
  2. Tanam tanaman litup bumi sperti Mucuna breacteata.  Anda boleh juga menanam paku pakis dari jenis Nephrolepis. Tapi awas kerana Nephrolepis telah dilaporkan mempunyai potensi untuk menjadi perumah gantian kepada ulat bungkus (bagworm).
  3. Aplikasi kompos secara serata juga boleh membantu menyimpan kelembapan, pegangan nutrisi dan meningkatkan bahan organik dalam tanah.
  4. Sekiranya pokok kelapa sawit baru ditanam, digalakkan untuk menggunakan plastik ‘mulch’ untuk  menutup ‘palm cirle’ / bulatan atau gunakan tandan kosong dikeliling pangkal anak sawit – Faedah yang diperolehi ialah pemeliharaan kelembapan dan pengurangan kadar meracun.  Ia dapat mengawal pertumbuhan rumpai pesaing.
  5. Aplikasi baja hendaklah dilakukan dengan kadar yang sedikit (separuh daripada kadar biasa) akan tetapi kekerapan membaja hendaklah ditambah agar kadar yang diberi menyamai kadar yang sepatutnya.  Jauhkan penggunaan baja jenis Urea kerana kadar pemeluwapan yang tinggi.  Aplikasi mikro nutreint seperti boron, zink dan copper juga tidak kurang pentingnya.
  6. Sekiranya kawasan anda berpotensi mengalami banjir, bina parit dengan kedalaman 1 setengah kaki untuk parit kecil,  3 kaki untuk parit tepi jalan dan 6 kaki untuk parit utama.  Parit kecil digali diantara baristanaman kelapa sawit dengan selangan 1 parit bagi setiap 8 baris pokok.  Naikkan selangan kepada 1 parit kepada 4 baris dan seterusnya 1 kepada 2 baris mengikut situasi atau keadaan banjir / takungan air permukaan selepas hujan bagi sesebuah kawasan. Pastikan parit-parit tersebut saling berhubungan.  Namun, elakkan daripada ‘Over-drain’.  Letakkan juga ‘weir’ dalam parit tepi/utama bagi tujuan empangan semasa musim kering.
  7. Pastikan daun pelepah mencukupi.  Elakkan memangkas pelepah secara berlebihan.  Jumlah pelepah yang ideal ialah 2-3 pelepah dibawah tandan yang terbawah.
  8. Sekiranya anda ada sedikit modal.  Anda boleh menaburkan ‘Micorrhiza’ sebanyak 500gm/pokok dalam lubang tanaman semasa proses menanam pokok kelapa sawit.  ‘Micorrhiza’ boleh meningkatkan fungsi akar lebih-lebih lagi dikawasan yang tidak subur.  Pastikan ‘Rock phosphate’ (RP) yang diletakkan didalam lubang tanaman tidak secara terus mengenai ‘Micorrhiza’ kerana sporanya boleh mengalami dehidrat dan mati.  Digalakkan untuk mencampurkan RP dengan tanah sebelum dimasukkan kedalam lubang tanaman.
  9. Untuk mengatasi masalah anak sawit tumbang, penjagaan semasa pemindahan anak sawit dari nurseri ke ladang adalah amat penting.  Pastikan pemunggahan dan penurunan anak sawit ke dalam atau ke luar lori dilakukan dengan cermat dan dibawah kawal selia yang ketat.  Penanaman anak pokok yang dalam  atau deep planting sebenarnya tidak digalakkan.  Adalah lebih baik gunakan teknik ‘soil mounding’ sebagaimana dalam photo.
Saya rasa cukup sampai disini sahaja yang boleh saya kongsikan berkenaan teknik pengurusan tanah berpasir.  Sekiranya ada sesiapa daripada kalangan pembaca budiman yang mempunyai pengalaman yang lain atau mungkin tidak bersetuju dengan coretan saya, adalah digalakkan untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca lain.  Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi berkat dan sentiasa segar dalam minda kita.

Sekian

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment