Baja Tahi Ayam

Catatan daripada rakan sawitbiz (Tuan Halim)
Tahi ayam segar mempunyai kandungan N yang rendah. Kalau  test, N not more than 3%, maksudnya satu kg tinja ayam cuma 0.03kg Nitrogen.P -less than 2%, K less than 3%.(bandingkan baja kimia/kompoun yang disaran oleh MPOB cth 12-12-17, satu pusingan kita pakai je dah dekat 3-4kg). Kalau guna tinja ayam sahaja perlu kuantiti yang banyak. Masalah utama dalam tinja ayam segar ni

1. Kandungan heavy metal yang tinggi -ada kesan pada pertumbuhan akar (cth Arsenik, Plumbum dll, ferum pun banyak melebihi keperluan pokok)
2. Najis ayam segar belum matang, dan memerlukan proses fermentasi untuk membebaskan semua nutrien dalam tinja.
3. Mengandungi patogen- fungus etc yang adakala boleh memberi kesan pada pokok.
Mengunakan tinja ayam dalam kuantiti yang banyak akan mengundang banyak penyakit pada pokok.
4. Mengundang perosak tanaman sawit.
Kalau dapat, buat treatment dulu pada tinja ayam segar tu. Buat fermentasi guna EM atau campuran bahan2 seperti abu tandan, kapur, hampas jagung dan etc. peram dan biarkan ia terurai dahulu sebelum menggunakan.Bagi campuran bahan organik dari unsur tumbuhan, make sure dah disterilkan dulu. sebab sumber dari bahan organik tumbuhan seperti EFB ni kadang-kala membawa penyakit kalau tak dirawat terlebih dahulu.
Bahan organik/tinja ayam.

Sebenarnya bagus untuk tanah. Pada kuantiti yang optimum, ia dapat menambahkan bahan organik tanah (OM) pada tanah. OM yang tinggi dapat mengalakan pertumbuhan akar, memegang nutrient dari baja lain, merangsang pertumbuhan mikrorganisma berguna, mengekang kelembapan dan lain-lain.

Bagi kelapa sawit untuk mendapatkan hasil yang maksimum, memang tak dapat dielakan menggunakan baja kimia/inorganik. Gunakan tinja ayam yang diproses sekurang-kurangnya sekali setahun antara 2-4kg/pokok dah mencukupi untuk menambahkan unsur organik dalam tanah.
Peningkatan BTS sawit tidak dapat dibuktikan dalam masa 1 tahun. Sekurang-kurangnya 3 tahun trial dengan pelbagai umur pokok.

Banyak pengusaha baja menggunakan model pokok sawit dalam fasa 1 ( 1-10 tahun), dimana pokok sawit tengah rancak berbuah. Baja adalah 60% penyebab penambahan berat BTS, yang lain adalah air, pengurusan, cuaca, cara prunning dll.

Salam, sekadar berkongsi

Halim

5 comments:

Unknown said...

Baja tahi ayam yg dijual di peladang ada 3 kali ganda dr manfaat asal yg mana ia melalui proses pengilangan. Harga pun ok. Kira murah doh.yg besnya, sy tes kat pokok gaharu, fuh lepas 3 bulan nampak pembesaran ketara. Baja tahi ayam sangat sesuai utk pembesaran anak gaharu selain darah ikan.

lawak terkini said...

Saya ada membekalkan baja tahi ayam yg dah dikeringkan.1 guni 50kg.Harga rm5.50.berminat pm saya/wassup 011113726701 din.ada beratus ribu guni stok baja tahi ayam yg dh dikeringkan.nk pm saya .tq

lawak terkini said...

Cll/wassup 01111372670.untk pesanan baja tahi ayam kering,1 guni 50kg rm5.50.tq

Unknown said...

What up 01115369408 Baja tahi ayam dlm guni 50 kg RM 3...siap hantar kawasan s bernam...yg jauh 2 kna plus pengangkutan

Unknown said...

Baja tahi ayam jual murah RM1.00 shj. Lokasi Lendu Alor Gajah Melaka. Contact : Cg Asri 019 665 3197

Post a Comment