Pertumbuhan Akar

Salam

Pertumbuhan akar adalah sangat bergantung kepada kadar oksigen dan kelembapan yang mencukupi.  Kedalaman akar ini sangat bergantung kepada bekalan oksigen yang boleh diperolehi.  Keporosan tanah boleh menggalakkan pertumbuhan akar dengan lebih dalam.  Namun keporosan tanah yang berpasir yang tidak dapat memegang kelembapan juga tidak dapat menggalakkan akar untuk tumbuh lebih dalam. 

Tanah yang paling baik ialah dari jenis tanah liat yang poros sebagaimana boleh diperolehi daripada tanah Siri Kuantan dan Siri Segamat.  Tanah ini terbentuk daripada penluluhawaan batuan basalt.  Ianya tebal dan poros.  Keburukan tanah ini adalah dari segi operasi ladang seperti peningkatan risiko tanah runtuh, jalan licin dan jalan yang kerap rosak.  Tanah yang mempunyai saliran yang tidak baik pula boleh menghadkan pertumbuhan akar pokok kelapa sawit contohnya tanah bertekstur liat padat yang biasanya terhasil daripada Alluvial hilir sungai contohnya seperti siri Sogomana. 

Daripada hasil kajian akar, bahagian akar mengandungi nutrient phosphate yang lebih berbanding dengan bahagian tumbuhan yang lain.   Pertumbuhan akar  boleh dirangsang oleh aplikasi batuan phosphate. Namun ianya tidak semudah itu kerana baja phosphate yang di taburkan belum tentu dapat di ambil oleh akar.  Kadangkala nutrisi P yang dilepaskan oleh batuan phosphate boleh dijerap oleh tanah-tanih disekeliling akar.  Tanah yang mengandungi Alluvium dan Ferum yang tinggi adalah yang paling kuat memegang P daripada terlepas kepada akar.  Kadar jerapan ini boleh dikurangkan dengan aplikasi bahan organik seperti sungkupan tandan kosong atau baja kompos. 

Kecekapan pengambilan P oleh akar juga boleh ditingkatkan dengan aplikasi sejenis Mikrob atau fungus yang dikenali sebagai Michoriza.   Fungus michoriza akan bertindak secara simbiosis dengan akar.  Secara amnya ‘Hyphae’ michoriza akan menembusi akar dan membentuk seolah-olah jambatan yang mana nutrisi P dari tanah akan masuk ke dalam akar melalui ‘Hyphae’ ini.

Hormon Cytokinin pula adalah hormone yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel akar.  Selain daripada ini, asid humik dan pulvik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan akar. 


Sekian  

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment