Akar Sawit

Salam,

Apa khabar semua sahabat sawitbiz  yang dicintai.  Semoga sihat dan ceria selalu.  Artikel pada kali ini saya nak menyentuh persoalan daripada salah seorang pembaca sawitbiz berkenaan sistem akar kelapa sawit. 
Kelapa sawit adalah dari jenis ‘Monoeciuos’ iaitu tumbuhan yang menghasilkan jambak bunga jantan dan jambak bunga betina dalam satu pokok.   Akar pokoknya pula dikategorikan sebagai sistem akar ‘adventitous’ namun tiada akar rerambut sebagiamana tumbuhan sistem akar serabut yang lain. 

Saintis Tinker (1976) mengkategorikan sistem akar kelapa sawit kepada 4 bahagian iaitu :-

  1. Akar ‘Primary’ – mempunyai saiz berdiameter 6-10mm.  Akar ini tumbuh daripada pangkal pokok sawit.  Akar ini menjalar secara mendatar dan kebawah.  Fungsi utamanya adalah sebagai penahan kepada pokok agar dapat berdiri.  Akar ini juga boleh menyerap makanan dan air namun hanya melalui bahagian hujung yang tidak berkulit.
  2. Akar ‘Secondary’ -  mempunyai saiz berdiameter 2-4mm, tumbuh daripada akar primary.  Kebiasaannya akar ini tumbuh ke atas menghala ke permukaan tanah. Ia juga akan menjalar secara mendatar.  Akar ini juga menyerap makanan dan air melalui hujung akar yang tidak berkulit.
  3. Akar ‘Tertiary’ – mempunyai saiz berdiameter 0.7-1.2mm, tumbuh dari akar secondary.  Ia menjalar dalam pelbagai arah.  Akar ini juga boleh menyerap makanan dan air melalui hujung akar yang tidak berkulit.
  4. Akar ‘Quaternary’- mempunyai saiz berdiameter 0.1mm-0.3mm, tumbuh dari akar tertiary dalam pelbagai arah.  Keseluruhan akar ini boleh menyerap makanan dan air.  Ianya adalah akar yang terpenting dan cekap dalam menyerap makanan dan minuman.

Kedalaman yang biasanya mempunyai jaringan akar sawit yang banyak adalah dalam lingkungan 30cm.  Jaringan penjalaran permukaannya pula boleh melebihi 30 kaki bagi pokok yang matang.  Namun bagi pokok belum matang, aras akar boleh ditandai dengan aras hujung kanopi.  

Pengetahuan berkenaan kedudukan akar tertiary dan quaternary adalah penting supaya aplikasi pembajaan lebih efektif.  Kebiasaannya pokok matang mempunyai akar yang paling banyak dibawah timbunan pelepah kerana terdapat kelembapan dan bahan organik yang boleh menjadi sumber makanannya.  Oleh yang demikian, baja adalah digalakkan ditaburkan diatas pelepah.  Selain mempunyai kadar akar sawit yang tinggi, tburan diatas timbunan pelepah juga boleh mengurangkan kadar larian baja akibat hujan.  Bagi pokok yang belum matang, pembajaan dalam lingkungan disekeliling pangkal adalah memadai.

Insya Allah saya akan sambung artikel berkenaan pertumbuhan akar dalam artikel yang akan datang.

Sekian


Rujukan :- Oil Palm – Management for large and sustainable yields – Edited by Thomas Fairhurst and Rolf Hardter.  

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment