Musim Kemarau

Salam semua sahabat sawitbiz

Terlebih dahulu saya ingin memohon berjuta-juta kemaafan disebabkan begitu lama meninggalkan blog sawitbiz ini tanpa di kemaskini.  Maaf ye…

Entri selepas lama menyepi… apa nak tulis ye… Ada idea… Saya ingat nak sentuh sikit pasal kemarau.  Tempat saya dah hampir 2 bulan tidak menerima hujan.  Emmmm… bala ke atau ujian ke atau lumrah alam… terpulang kepada interpretasi masing-masing.   Jabatan kaji cuaca mengatakan terdapat udara bertekanan tinggi yang menyelubungi seluruh Semananjung Malaysia manakala di Sabah pula udaranya bertukar menjadi bertekanan rendah.  Maka wap atau awan yang terbentuk di Semenanjung tidak dapat membentuk titisan hujan manakala di Sabah pula, akibat terkanan rendah maka awan dapat membentuk hujan.  Itu pendapat sains berdasarkan pemerhatian melalui satellite dan sudah tentu ianya berlaku mengikut ketentuan Allah. 

Pada saya cuaca panas yang melanda pada ketika ini adalah satu ujian yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya yang berada di Semenanjung Malaysia.  Kita sebagai hambanya hendaklah bersabar dan bertkawa kepada Allah.   Cuma yang saya rasa sedih, masjid dan surau dalam ladang-ladang masih macam tu,,, hanya 3-4 orang je yang menjadi makmum terutama solat Zohor dan Asar. 

Kalau pekerja seperti pemotong buah, meracun, membaja mungkin saya boleh faham sebab diorang balik pukul 2:30 pm. Ada juga kerja sampai petang.. Mana nak sempat mandi dan solat zohor di masjid.   Yang saya muskilkan… mana dia pihak pengurusan ladang… mana keraninya, mana penyelianya, mana penolong dan pengurusnya…. Bukan saya tuduh diorang sengaja tak solat berjemaah… mungkin keluar atau masih berada diladang atau ada hal-hal yang lain… Masaalahnya takan semua dan takan pula kerap ada alasan.  Saya pun tak tuduh diorang tak solat… InsyaAllah ramai yang cukup solat lima waktunya.. Cuma mungkin solat di Rumah…

Kelebihan solat berjemaah banyak tapi susah nak buat.  Sedih jugalah bila imam doa minta hujan tapi yang mengaminkan 3-4 orang je.  Lepas tu merungut hujan tak turun walaupun dah banyak berdoa…. Saya pun tak cakap doa Imam ni tak makbul.. Cuma tak malu ke kita dengan Allah.  Minta macam macam tapi nak lakukan perkara yang Allah suka seperti Solat berjemaah pun susah…

Okeylah, saya taknak cerita panjang berkenaan hal ini.  Hidayah itu milik Allah.  Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa agar Allah bagi hidayah kepada pihak pengurusan ladang yang masih belum terbuka hatinya untuk bersolat berjemaah.  Kepada yang telah mendapat Hidayah dan istiqamah dalam solat berjemaah, jagalah hidayah tu baik-baik, mintalah dengan Allah agar tidak dicabut hidayah daripada kita.


Sekian Wassalam

1 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment