Pest attack

Salam,

Musim kemarau yang melanda sekarang ni boleh meningkatkan serangan serangga atau haiwan perosak. Antara yang kerap terjadi ialah serangan tikus dan ulat bungkus.  Rawatan ulat bungkus biasanya menggunkan kaedah racun yang bahan aktifnya ialah Monochrotophos yang di inject ke dalam batang pokok sawit yang berumur 6 tahun ke atas.  Mankala pokok yang berumur 5 tahun dan ke bawah, semburan keatas selurug kanopi kelapa sawit menggunakan racun 'Diptrex'  adalah memadai.

Pihak MPOB pula ada mengeluarkan produk berunsurkan biologi iaitu semburan menggunakan bt.  Namun sebelum membuat perancangan dan tindakan meracun adalah sangat digalakkan agar bancian atau census bagi mengetahui status serangan.  Census juga membolehkan kita mengetahui kesusian dan sempadan rawatan yang perlu supaya ianya tidak merugikan.  Lagipun tidak semua peringkat larva ulat bungkus yang mati apabila rawatan yang dijalankan.  hasil daripada kajian menunjukkan bahawa larva bagi Metisa Plana hanya akan mati apabila rawatan dijalankan pada ketika usia larvae di L1-L4.  

Bagi masaalah tikus pula, saya telah menerangkannya dalam entri yang lepas.  Untuk ulangan, tikus boleh dikawal menggunakan racun tikus sepert Warfarin, Ebor 2030, Storm dan sebagainya.

Selain daripada rawatan menggunkan racun, kawalan menggunakan kaedah biologi juga adalah yang terbaik.  Secara amnya, serangan haiwan perosak akan berlaku kepada tahap ekonomik apabila keseimbangan mangsa-pemangsa terganggu dimana populasi pemangsan menurun dan tidak seimbang dengan populasi haiwan perosak atau mangsa kepada pemangsa tersebutt contoh pemangsa bagi tikus ialah burung hantu dan ular, Manakala pemangsa kepada ulat bungkus ialah serangga seperti G.bunoh dan sebagainya.

Kaedah yang biasa digunakkan bagi meningkatkan populasi pemangsa bagi tikus di ladang/kebun sawit ialah pemansangan sarang burung hantu pada jarak 5-10km setiap satu.  Sekiranya popusai burung hantu meningkat, rapatkan jaraknya kepada 2-3km sahaja.

Manakala, pemangsa bagi ulat bungkus, penanaman pokok renek yang mengeluarkan madu boleh menarik serangga pemangsa ini.  Antara pokok renek yang popular dan terbukti boleh menarik serangga pemangsa ialah Cassia cobenesis dan Tunera subulata.   Tanam kedua-dua jenis pokok renek ini dalam jarak 100-150m setiap satu kelompok.  Setiap kelompok boleh terdiri daripada 5 pokok tunera dan 5 pokok cassia.  Peneyelenggaraan terhadap pokok renek adalah penting seperti 'weeding' dan membaja.  Gunakan baja 15-15-15 pada kadar 10gm/pokok dan taburkan 2 kali setahun.

Sekian

2 comments:

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Unknown said...

Pokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?

Buah kelapa sawit terlalu kecil?

Hasil tuaian makin kurang?

Daun pokok berwarna kuning?

Pokok tidak sihat?

Jom cuba Baja Gosawit

Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.

Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.

Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.

Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.

Anda mampu mengubahnya!!!

Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my

Post a Comment