Membaja Di Musim Kemarau

Salam

Hari ini saya nak menyentuh berkenaan musim kemarau yang masih belum menunjukkan tanda pengakhirannya.  Sebelum itu,  marilah kita bersama-sama berdoa dengan seikhlas hati agar Allah pertemukan kapal terbang MH370 yang hilang dan sentiasa berdoa untuk memohon hujan.

Ada orang bertanya kepada saya, adakah kerja membaja masih boleh dijalankan dalam musim kemarau.  Nasihat saya kalau boleh dielakkan.  Kebiasaannya dalam musim kemarau atau panas yang berpanjangan, kadar pertumbuhan pokok sawit adalah perlahan.  Oleh yang demikian kadar pengambilan nutrisi oleh akar juga adalah perlahan.  Kemungkinan untuk baja yang ditabur tidak diambil oleh pokok  sawit juga adalah tinggi.  Baja yang ditabur mungkin akan hilang melalui pemeluwapan.  Kehilangan juga boleh berlaku akibat gangguan manusia semasa menuai iaitu semasa mengambil biji yang berterabur secara ‘scrapping’.  

Namun sekiranya terpaksa melakukan kerja-kerja taburan baja (kebiasaannya pihak ladang) kerana baja telah sampai pada bulan yang ditetapkan dan ditambah pula pekerja yang menggangur maka bolehlah menabur baja-baja dari jenis yang tidak atau kurang mengalami pemeluwapan contohnya baja-baja tunggal seperti :-

1.       MOP
2.       Kieserite
3.       Rock Phosphate
4.       GML/Dolomite.
5.       Baja Organik
6.       Kompos
7.       Tandan Kosong

Baja Nitrogen adalah sangat tidak digalakkan kerana kadar pemeluawapan yang tinggi terutama Urea. Kenapa baja sabatian tidak dimasukkan kedalam senarai boleh tabur?  Bukan semua baja sebatian yang tidak boleh di tabur.  Hanya baja sebatian yang mengadungi N sahaja yang tidak digalakkan.  Sekiranya terpaksa juga, pilihlah baja sebatian yang Nitrogen bukan daripada sumber Urea. 
Macamana kalau kita guna plastik ‘mulch’?  Pada saya penggunaan plastik ‘mulch’ dan baja ditabur dibawahnya adalah yang terbaik dalam menangani isu pemeluawapan N.


Sekian Terima Kasih

1 comments:

Akhir zaman said...

Salam...boleh terangkan pasal baja urea ni tak...saya bercadang nak beli baja urea ni untuk sawit sy yg berumur 6 tahun

Post a Comment