Kadar baja kelapa sawit yang disyorkan

Salam,

Entri pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan kadar pembajaan yang seimbang untuk diberikan kepada pokokkelapa sawit agar dapat mencapai pertumbuhan yang optimum dan seterusnya memberikan hasil yang lumayan. Jenis baja yang digunakan dalam komendasi ini adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut.

FASA 1 (1-3 tahun)
Umur 1 bulan – Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun
Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 4 bulan – Baja GML – kadar 0.5
Umur 6 bulan – Baja Sebatian 44 + boron – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 8 bulan – Baja Sebatian 44 – kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 12 bulan – Baja Sebatian 44 + boron -kadar 0.kg/pokok/tahun
Jumlah 3.5kg/pokok/tahun
Umur 2 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 1.0kg/pokok/pusingan (3 kalipusingan setahun)
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja Sebatian 44 + boron – 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun
Umur 3 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 1.5kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun).
- Baja Rock phosphate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – Kadar – 1.5kg/pkok/tahun
- Baja Sebatian 44 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun
Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)
Umur4-6 tahun
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 44 + boron – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun
Umur 7-20 tahun
- Baja Sebatian 44 – 2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 44 + boron – kadar 2.5kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate – kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja GML – kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang)
Umur 21 tahun dan keatas
- Baja Sebatian 44 – kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun)
- Baja Rock phospate – 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 61.75 mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut.
- Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian – kurangkan satu pusingan sebatian 44.
-Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir – digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian 44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%.
- Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3 tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa sawit dengan seimbang.

Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.

Sekian.

1 comments:

MDA Arif said...

BAJA DOLOMITE ORGANIK DAN SUPER TURBO ( 4 DALAM 1) CAP HARIMAU BERMUTU TINGGI CAMPURAN KHAS UNTUK PERTANIAN MODEL MENINGKATKAN HASIL MENAMBAH PENDAPATAN LEBIH DARI 30%
(Diimport terus dari Thailand)


KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BAJA DOLOMITE ORGANIK (4 DALAM 1) SUPER TURBO
 MENGANDUNGI POTASSIUM YANG TINGGI, BERKEUPAYAAN BERTINDAK BALAS DENGAN NITEROGEN DAN UNSUR MINERAL SEMULAJADI UTAMA YANG MENJAMIN KSESUBURAN TANAH.
 MERAWAT TANAH MASAM DENGAN MENGUBAH STRUKTUR TANAH DAN DAPAT MENGEKALKAN TAHAP (Ph) TANAH BERPANJANGAN.
 AMAT SESUAI DIGUNAKAN UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN TERUTAMANYA KEPADA SAWIT PADA TANAH LIAT DAN GAMBUT, SAYURAN, PADI, KOPI, GETAH,KOKO.
 MENAMBAH DAYA TAHAN TANAMAN DAN DAPAT MENGURANGKAN SERANGAN PENYAKIT.
 MEMANISKAN HASIL BUAH-BUAHAN SERTA MENAMBAH BERAT HASIL TANAMAN.
 MENINGKATKAN PH DALAM TANAH
 MENINGKATKAN EFISIENSI ORGANIK SEBAGAI PENYEDIA UNSUR (N,K, DLL)
 MENINGKATKAN PENYERAPAN AIR
 MENGENDALIKAN RACUN DARI UNSUR ALUMINIUM


Ph 7.87
MOISTURE CONTENT 1.11
CALCIUM OXIDE 18.93
MAGNESIUM OXIDE 12,50
TOTAL SULPHUR 0.15
TOTAL IRON 1.233
TOTAL ZINK 0.003
TOTAL MAGNESE 0.025
TOTAL COPPER 0.001
TOTAL BRON 0.003
MPK
N=0.33, P=0.1, K=0.48

sebarang pertanyaan sila hubungi
arif
F.B: Mda Arif
email: mdaarifent@gmail.com
phone: 0124501152

Post a Comment