Salam,
Sebagaimana yang telah saya janjikan dalam entri yang lepas untuk membincangkan topik-topik yang dibentangkan dalam seminar Reach and Teach yang telah berlangsung pada 25 hb Januari 2011 yang lepas. Seminar dimulakan dengan Launching of MPOC/FRIM book dan diakhiri dengan dialog bersama Menteri Industri perladangan dan Komoditi iaitu YB Tan Sri Bernard Dompok.
Terdapat 6 topik yang telah dibentangkan iaitu :-
1. Palm Market Outlook 2011' - Mr. Benny Lee, Chief Strategies, NextView Sdn. Bhd.
2. Perspectives from PEMANDU on Palm Oil as a National Key Economic area - Mr John Low, Director NKEA, PEMANDU,Prime Minister's Department
3. The Untapped Potential of Palm Biomass & Its Potential Applications - Datuk Dr Choo Yuen May, Director General, MPOB.
4. Methane Capture & Biomass Utilization for Power Generation - Puan Sri Datin Sr. Liana Low, CEO Bell Eco Power Sdn Bhd
5. The Global Climate Change Debate and Taxpayer Funded Environment - Mr Roger Helmer, UK Conservative Brussels.
6. Current Global Anti-Palm Oil Campaign - Where & What needs to be Done from Palm Oil's Perpective - Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron, CEO, MPOC.
Palm Market Outlook 2011 - Topik ini membincangkan beberapa teknik analisa yang diguna pakai bagi meramalkan pergerakkan harga minyak sawit mentah (MSM/CPO). Analisa yang dijalankan adalah analisa yang bersifat teknikal dengan unjuran-unjuran graf berdasarkan pengiraan dan corak atau tren pergerakan harga lepas. Daripada analisa Mr Benny menjangkakan bahawa harga MSM akan bergerak sekitar RM3300-RM3550 dalam jangkamasa 2-5 bulan akan datang. Selain daripada itu beliau juga menyatakan terdapat positif korelasi diantara nilai mata wang Chinese Yuan dengan harga sawit, manakala korelasi negatif pula akan berlaku terhadap kenaikkan harga US dollar. Pengukuhan nilai Ringgit dan Yuan terhadap US dollar adalah dijangkakan untuk jangka masa pendek yang secara positifnya akan menyokong lonjakan harga MSM. Komen dan Ulasan penulis. Alhamdulillah, semoga rezeki sawit ini akan berterusan.
Berdasarkan info lain, harga MSM ini juga akan bertahan dalam jangkamasa sekurang-kurangnya selepas suku pertama sehingga akhir tahun ini. Kemantapan harga MSM juga disumbangkan oleh penjejasan pengeluaran minyak sayuran dunia seperti soya yang terjejas akibat bencana alam dan kemarau. Peningkatan peningkatan MSM dan insentif cukai yang diperkenalkan terutamanya penghantaran ke Pakistan juga membantu. Namun, kita tidak boleh leka, kejatuhan boleh berlaku tanpa diduga. Ancaman kempen memburukkan kelapa sawit oleh NGO perlu diberi perhatian serius. Selain daripada MPOC yang bertangguinjawab untuk menangkis serangan NGO, kita sebagai warga yang bergantung rezeki sawit ini juga boleh menyumbang.
Cara paling mudah ialah pergi ke you tube kemudian taip 'Oil Palm' atau 'Palm Oil' dalam kekotak carian atau serach dan apabila keluar video anti kelapa sawit, maka anda perlu beri komen yang bertentangan dengan keburukkan kelapa sawit atau yang paling ringan sekali ialah klik Dislike pada video dan juga komen negatif. Kita tunjukkan kepada mereka yang kita bersatu dalam menangkis dakyah buruk mereka. Bayangkanlah, kalau semua yang terlibat dengan industri sawit termasuk anak dan isteri/suami masing-masing mengklik Dislike pada video dan komen negatif, saya rasa diorang tak sanggup nak buat video bodoh tu lagi. Sebabnya, video diorang akan sentiasa diband oleh pihak youtube.
Palm Oil as a National Key Economic Area - Topik kedua yang menyentuh program ETP yang berkaitan dengan indutri komoditi sawit. Untuk tujuan tersebut, kerajaan telah memprogramkan 8 'Entry Points Project' khas untuk industri sawit.
Yang pertamanya ialah mempercepatkan proses tanaman semula bagi pokok yang berusia 25 tahun dan keatas. Kini masih terdapat 365414ha kawasan yang masih mempunyai pokok sawit berusia lebih daripada 25 tahun. Ia diwajibkan kepada pekebun kecil. YB Tan Sri Bernard Dompok telah melancarkan program tanam semula pada 31 Januari di Sabah. Sejumlah RM267 juta diperuntukkan untuk program tanam semula terutamanya kepada pekebun kecil.
Keduanya ialah meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS/FFB) dari purata hasil semasa iaitu 21 mt/ha kepada 26.2mt/ha. Jumlah keluasan tanaman pekebun-pekebun kecil iaitu 600,000ha adalah dikenalpasti sebagai punca kepada purata hasil BTS nasional yang rendah. Antara rekomendasinya ialah menguatkuasakan perlaksanaan amalan ladang baik keatas pekebun-pekebun kecil. Audit ladang dijalankan oleh MPOB/SIRIM. Perlantikan pegawai TUNAS bagi membantu dari segi teknikal. Pengumpulan pekebun kecil kedalam koperasi. Ranking hasil BTS untuk pekebun kecil oleh MPOB.
Ketiganya ialah meningkatkan produktiviti pekerja - dapat mengurangkan pekerja dan menambahkan pendapatan mereka. Rekomendasinya adalah dengan Penggunaan cantas dan diamond sharpening tool.
Keempatnya ialah meningkatkan kadar perahan minyak(OER). Objektifnya ialah meningkatkan purata OER semasa iaitu 20.49% kepada 23%. Rekomendasinya ialah - Meningkatkan kualiti BTS. Menguatkuasakan pengredan buah yang adil. Bayaran BTS berdasarkan kualitinya. Stim dan suhu yang stabil semasa penstrilan. Pemasangan 'screw press' untuk memerah baki minyak daripada tandan kosong. Kelimanya ialah pembinaan fasiliti pemerangkapan Biogas terutama di kolam-kolam POME. Keenam hingga ke lapan adalah berfokus kepada industri hiliran seperti oleokimia, biofuel generasi kedua dan mempercepatkan pertumbuhan segmen makanan dan kesihatan.
Komen dan Ulasan Penulis
Untuk bahagian pekebun kecil itu, saya rasa sukar sikit untuk dikawal dan dipantau. Namun sekiranya ada subsidi untuk menanam semula atau ada syarat tambahan yang hanya membolehkan pekebun kecil menjual BTS yang dituai daripada pokok berusia 25 tahun dan kebawah sahaja, atau potongan OER kepada pekebun kecil yang menghantar BTS daripada pokok berusia 25 tahun keatas, maka penguatkuasaan dan pemantauan untuk program tanaman semula, amalan ladang baik dan juga kualiti BTS berkemungkinan adalah lebih mudah.
Nasihat teknikal - emmm, sememangnya wakil pekebun kecil ada menyatakan bahawa mereka tidak dapat nasihat teknikal yang praktikal daripada pakar seperti MPOB, namun pada pandangan saya, bukannya mereka ini tidak tahu teknikal sawit malah ada yang lebih bijak lagi, namun disebabkan keengganan berbelanja lebih dan kekurangan tenaga pekerja, maka segala nasihat teknikal mungkin tidak berguna termasuklah nasihat untuk menggunakan baja yang berkualiti dengan kadar yang betul - sebabnya baja yang direkomendasikan adalah mahal (bukan semuanya ye - ada juga yang betul-betul tak tahu). Namun usaha MPOB mewujudkan program TUNAS bagi mendekati pekebun-pekebun kecil adalah wajar dan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan purata hasil nasional.
Peningkatan produktiviti - penggunaan cantas sememangnya terbukti boleh meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan pekerja selaras dengan ETP. Namun penggunaan cantas hanyalah praktikal pada pokok sawit yang berumur 15 tahun kebawah atau ketinggian yang tidak melebihi.... kaki. Dalam penggunaan cantas, nisbah penuai dan pemungut tandan dan biji adalah penting supaya buah dan biji yang dituai tidak ditinggalkan didalam kebun. Nisbah 1 pemotong kepada 2 pengangkat adalah memadai untuk kawasan seluas 4-5 hektar pada musim puncak dan 5-6 hektar pada musim melawas, bergantung juga kepada keadaan muka bumi.
Pada saya, kerja menyusun daun, mengutip biji dan mengangkat buah adalah yang paling sukar dan ia menjadi penyumbang kepada penurunan produktiviti. Sememangnya diakui sehingga kini terdapat banyak inovasi bagi membantu meningkatkan produktiviti pengangkat buah contohnya seperti penggunaan 'mechanical buffalo', Kubota dan 'grabber', live buffalo dan cart, motorsikal dengan 'cart', 'motorized wheel barrow', 'vakum' untuk kutip biji dan sebagainya. Namun apa yang saya dapat perhatikan, ia masih belum memberi signifikan impak yang seterusnya dapat mengurangkan keperluan pekerja asing mungkin hanya perlu 1 pengangkat untuk 2 hingga 3 orang penuai dan boleh meliputi seluas 10 hektar sehari atau secara puratanya dengan nisbah 1orang:3.3 ha per hari atau dengan nisbah 1:40 ha untuk pusingan 12 hari.
Kajian terperinci dan menyeluruh potensi teknologi tinggi seperti penggunaan 'autopilot robotik' atau 'mechatronic' dengan kawalan berpusat sepatutnya diberikan penekanan dalam EPP. Peruntukan dan pakar yang sesuai perlu di sediakan. Hal ini telah saya bincangkan dalam entri 'advance mechanical' yang lepas.
Peningkatan BTS dan OER - Rekomendasinya yang dicadangkan kebanyakkannya adalah rekomendasi yang biasa seperti menghantar BTS berkualiti, penstabilan stim dan suhu, pengredan, bayaran BTS berdasarkan gred. Bagi meningkatkan BTS pula, rekomendasinya lebih berfokus kepada pekebun kecil. Tiada idea baru yang mempunyai impak yang besar. Kekurangan pekerja juga adalah menjadi penyumbang kepada penurunan BTS. Penanaman klon sawit dan konvensional DxP yang berprestasi tinggi juga boleh meningkatkan BTS.
InsyAllah, saya akan bincangkan topik yang lain pada entri yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment