Penulis lebih selesa dikenali sebagai Namaz. Penulis dibesarkan berpersekitaran pokok sawit dan kilang kelapa sawit. Penulis dibesarkan dengan hasil tanaman sawit dan kini, penulis pula membesarkan anak-anak dengan hasil tanaman sawit, cuma yang bezanya, ialah bapa penulis adalah seorang peneroka manakala penulis pula makan gaji.
Dizaman kanak-kanak, penulis mengenali pokok sawit hanya sebagai pokok sawit – yang penting bagi penulis pada ketika itu ialah kolam dan parit yang terdapat di dalam ladang sawit dan tak lupa juga kolah (tempat simpanan air) yang terdapat dalam kilang (kebetulan kilang sawit hanya beberapa ratus meter sahaja daipada rumah bapa penulis). Disitulah tempat bermain penulis – tak kiralah untuk mandi secara formal, ambil air untuk memasak, berkubang, memancing atau pasang jerat puyuh/ayam. Zaman dulu, paip air kerumah sememangnya sudah tersedia akan tetapi yang keluar tu Cuma ‘AIR’ je bukannya air… ….hehehe (‘AIR’=Udara)
Biji sawit….
Yang paling penulis tidak boleh lupakan dizaman kanak-kanak ialah pengalaman makan biji sawit rebus… habis oren kekuningan gigi masing-masing… Penulis masa sekolah rendah dulu sudah pandai main masak-masak dengan kawan-kawan,… Kami masak menggunakan dapur buatan sendiri - ranting kayu dan 3 biji batu berbentuk hampir bulat sebagai tunku menjadi mangsa kami sebagai dapur. Periuknya pula adalah daripada tin susu yang telah dibersihkan. Mancis, garam dan gula diambil secara senyap-senyap daripada dapur mak le…. Tapi kami tak buat dapur tu dalam rumah, kebetulan laman rumah kami luas…jadi banyak le tempat untuk operasi memasak tu…Oops, lupak lak nak bagitau macamana rasanya… untuk makluman, pada ketika tu, fuhhh memang sedap sawit rebus ni.. yelah.. masa tu susah nak dapatkan biskut dengan roti untuk makanan petang…
Polibeg…
Ha.. satu lagi yang best tentang sawit masa zaman kanak-kanak penulis ialah mengisi tanah dalam polibeg… dapat upah tau.. Satu beg kalau tak silap upahnya lima sen, jadi kalau sepuluh dapat le 50 sen…. Banyak tu…haa, bila dah dapat duit, biji sawit rebus dah jadi pilihan kedua lah, maklumlah dah boleh beli makanan ringan atau aiskrim …
Penyapu lidi..
Ini satu lagi income penulis masa zaman kanak-kanak…. Penulis takle jual penyapu lidi ni, cuma tolong kawan punya abang ambil dan raut lidi sawit untuk dibuat penyapu… dapat le upah sikit…..
Ketuk kernel..
Zaman ketuk kernel ni sudah berlalu masa penulis membesar… akan tetapi, kakak dan abang penulis pernah melaluinya… merekalah yang menceritakannya kepada penulis…. teruk juga kerja ketuk kernel ni… yang kelakarnya, masa diaorang cerita, ada satu ketika, kernel yang diketuk terpelanting ke ‘anu’ abang saya (masa tu dia masih kecil lagi), apalagi tetiba menjeritlah kawan tu… suspen le sekejap, semua yang ada kat situ terus terlompat, ingat ada ular… bila diingatkan, ketawa terbahak-bahak le diorang.. penulis cuma tumpang ketawa je bila mendengar cerita diorang ni.
Bahasa Inggeris…
Pada mulanya saya tidak berapa faham apa yang ibu saya maksudkan apabila dia menyebut perkataan seperti rokal, brauning dan widing. Namun apabila saya mula bekerja dalam perladangan barulah saya dapat tangkap apa yang dimaksudkan. Rupa-rupanya perkataan yang disebut itu adalah perkataan Inggeris, Kelas ibuku gitu.. Tak sekolah pun pandai cakap orang putih. Kalau yang dah biasa dengan kerja di estate mesti dah dapat tangkap perkataan yang dimaksudkan. Bagi yang tak biasa, perkataan rokal tu sebenarnya ialah roll call iaitu term yang digunakan untuk perkerja berkumpul, kebiasaannya dihadapan pejabat ladang pada awal pagi sebelum pergi ke ladang. Perkataan brauning pula adalah untuk pruning, iaitu kerja memangkas pelepah sawit, manakala perkataan widing pula adalah weeding, iaitu kerja-kerja merumput.

0 comments:
Post a Comment