“10 AMALAN YANG TERBALIK”

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?Atau kita mempunyai tujuan lain. ?

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. 

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhiperaturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??…..

Cukup dengan contoh-contoh di atasMarilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)

Sumber :- (Minta maaf tak ingat)
READ MORE » “10 AMALAN YANG TERBALIK”

Teknik meracun tikus


Sebagaimana yang telah dijanjikan dalam entri yang lepas, berikut adalah beberapa teknik yang boleh saya kongsikan yang boleh dijadikan panduan.
  1. Pertamanyan ialah census iaitu rekodkan ‘fresh rat damage census’ ketika menjalankan ‘bunch census’.  Sekiranya tiada ‘bunch census’ maka digalakkan untuk membuat ‘fresh rat damage census’ sekurang-kurangnya sekali setahun.
  2. Jalankan kempen mengumpan apabila ‘fresh rat damage’ melebihi 5%
  3. Rancang keluasan mengumpan dan jumlah pekerja yang diperlukan.
  4. Kira jumlah umpan untuk diberikan kepada setiap pekerja sebelum kerja mengumpan dan kira baki umpan selepas kerja mengumpan pada hari yang sama.
  5. Jumlah umpan yang digunakan di pokok kelapa sawit adalah bersamaan dengan jumlah umpan yang diberikan kepada pekerja sebelum mengumpan ditolak dengan baki umpan yang dipulangkan oleh pekerja selepas mengumpan.
  6. Tempat letak umpan:-
    • Satu umpan untuk satu pokok.
    • Pokok berumur 1-3 tahun – dikawasan ‘palm circle’ .
    • Pokok matang – di atas ‘frond bud’, 2 kaki dari aras tanah.
    • Ada juga kaedah yang meletakkan umpan di atas ‘frond stacking’ – tidak digalakkan kerana sukar untuk mendapat kiraan baki yang tepat.  Kadangkala umpan hilang bukan kerana tikus ambil.
    • Sekiranya terdapat kawasan tikus yang tamak, maka bolehlah diletakkan 2-3 umpan sekali pada satu-satu pusingan atau gunakan umpan yang bersaiz besar.
  7. Sambung kerja mengumpan pada kesokkan harinya dan lakukan proses 3 dan 4 semula.
  8. Masuk semula kawasan yang sama untuk pusingan mengumpan yang kedua selepas 4 hari untuk umpan generasi pertama dan 7 hari untuk generasi kedua.  Gantikan umpan yang telah diambil/tiada diatas pokok. Umpan yang masih ada tidak perlu digantikan.
  9. Ulang proses 7 untuk pusingan yang berikutnya sehingga ‘acceptance’ jatuh keparas 30% ke bawah.
    1. Contohnya apabila 1360 umpan yang diberi sebelum proses mengumpan dan pekerja memulangkannya semula umpan sebanyak 952.  Jadi, umpan yang diganti pada pusingan ini adalah sekadar 408 sahaja atau hanya 30% daripada jumlah pokok yang diumpan.
  10. Ada juga yang menggunakan kaeadah mengumpan 100% gantian umpan untuk 3 pusingan berturut-turut tanpa mengambil kira samada umpan pada pusingan sebelumnya telah diambil atau belum.  Selepas 3 pusingan, ‘fresh rat damage census’ dijalankan.  Kempen dihentikan apabila  ‘fresh rat damage’ jatuh keparas 5%.  Kaedah ini tidak memerlukan kiraan peratusan ‘acceptance’ sebagai asas untuk menamatkan kempen.
Tip and trick
  • Kebiasaannya produktiviti pekerja untuk pusingan pertama iaitu pada 100% perletakkan umpan ialah 1 orang untuk 8-10 hektar/hari bagi kawasan rata dan sedikit beralun, manakala kawasan teres boleh mencapai sekadar 5-6 hektar/hari.
  • Rancangkan keluasan mengumpan untuk satu hari adalah secukupnya untuk meliputi keseluruhan blok.
    • Contohnya, sekiranya hanya ada 5 orang pekerja untuk mengumpan, maka perlu pastikan hanya 50 hektar maksimum sahaja (kawasan beralun/rata) untuk satu hari.  Jadi untuk pusingan pertama, pastikan mengumpan pada blok yang berkeluasan kurang daripada 50 hektar sahaja.
    • Andaikata tiada blok yang sekecil ini maka perlulah dipastikan umpan yang diberikan meliputi seksyen yang disempadani oleh sempadan yang nyata.  Pastikan sempadan kerja mengumpan untuk hari tersebut ditandai oleh sungai atau jalan bukannya pokok yang terletak ditengah.  Ini untuk memastikan proses penyambungan kerja mengumpan pada keesokkan harinya adalah lebih mudah, tepat dan kurang kesilapan disamping kerja penyeliaan dan supervisi yang lebih cekap.
  • Pastikan jumlah pokok dalam data palm census  adalah tepat.  Anda boleh gunakan data palm census ini bagi tujuan pemantauan pada pusingan pertama.   Sekiranya data palm census adalah tepat maka sepatutnya jumlah umpan yang diletakkan oleh pekerja adalah sama dengan data palm census atau setidak-tidaknya tidak banyak perbezaan.   Pengalaman saya, kadangkala terdapat perbezaan yang sangat ketara diantara jumlah umpan pada pusingan pertama (100%) dengan jumlah pokok di data palm census.  Ada 2 sebab terjadinya data seperti ini :-
    • Pertamanya – data census yang tidak tepat.
    • Keduanya – pekerja cuba menipu. e. g Ada kawasan yang tidak diberi umpan atau umpan diberikan lebih untuk satu pokok.
  • Periksa secara rawak kawasan yang telah diumpan sejurus selepas kerja mengumpan.  Beri perhatian dikawasan yang sukar seperti dikawasan paya dan berbukit.
  • Digalakkan untuk menanda lorong yang diumpan dengan cebisan kertas suratkhabar yang ditulis nombor yang mewakili pekerja yang mengumpan dilorong tersebut.  Suruh pekerja klip cebisan kertas itu pada daun atau pangkal pokok dipokok yang pertama ditepi jalan.  Teknik ini dapat meningkatkan kecekapan pantauan.  Hanya pekerja yang membuat kesalahan sahaja yang ditegur.  Ia dapat dibuktikan apabila lorong yang ditandai nombor pekerja tersebut tidak mendapat umpan yang secukupnya.  Teknik ini boleh juga digunakan dalam kerja-kerja pembajaan dan penuaian secara manual.
  • Peta GPS yang lengkap dengan jalan dan sungai serta jumlah pokok bagi setiap seksyen yang disempadani oleh jalan dan sungai bagi setiap blok dan field adalah alatan yang terbaik untuk meningkatkan kecekapan penyeliaan.
  • Umpan yang tidak diambil oleh tikus akan berkulat selepas 2-3 minggu.  Tikus tidak akan mengambil umpan yang berkulat.  Adalah digalakkan untuk mengambil semula umpan yang berkulat dan digantikan dengan umpan baru.  Peratus ‘acceptance’ boleh dikira dengan mencampurkan balik umpan berkulat yang telah diambil. Contohnya :-
    • Jumlah umpan yang diberi ialah 1000
    • 100 umpan berkulat diambil dan diganti.
    • 700 umpan baki dan dibawa pulang.
    • Jadi peratus ‘acceptance’ atau jumlah umpan yang diganti ialah ((1000-(700 + 100))/1000 x 100 = 20%.
Setakat ini sahaja teknik dan tip-tip yang boleh saya kongsikan.  Sekiranya anda ada tip yang lain yang boleh dikongsikan bersama, diharap boleh dituliskan diruangan komen dan saya sangat-sangat hargainya demi kemajuan industri sawit.
Sekian.
READ MORE » Teknik meracun tikus

Kawalan Oryctes

Saya pasti ramai ‘planter’ yang pernah mengalami masalah oryctes ini.  Mungkin ramai juga yang sudah menegtahui teknik untuk mengatasinya.  Namun bagi mereka yang baru dalam bidang kelapa sawit, untuk pengetahuan anda, kumbang badak ini adalah serangga yang paling ditakuti oleh ‘planter’ pada ketika usia pokok kelapa sawit yang masih muda iaitu bermula daripada menanam hinggalah ke usia sekitar 2 tahun.

Serangan biasanya boleh dikesan selepas 6 bulan ditanam.  Namun sekiranya kawasan tanaman sawit anda adalah berhampiran dengan kilang kelapa sawit atau kawasan tanaman semula yang lain yang telah diusahakan setahun lebih awal daripada tanaman kelapa sawit anda, maka serangan seawal seminggu selepas penanaman kelapa sawit adalah tidak mustahil.

Pokok kelapa sawit mengeluarkan sejenis hormone yang dikenali sebagi pheromone yang biasanya dirembes daripada bahagian pucuk.  Pheromone inlah yang menarik oryctes untuk menuju kebahagian pucuk atau pangkal kelapa sawit muda dan seterusnya meneruskan aktiviti penggerudian.
Serangan yang serius boleh menyebabkan pokok kelapa sawit mati atau terencat.  Untuk mengenali serangan oryctes adalah melalui lubang-lubang yang digerudi pada bahagian pangkal batang, pelepah atau pucuk.  Kadangkala pucuk yang berkembang akan menunjukkan seperti digunting dibahagian atasnya.  Ini menunjukkan bahawa oryctes telah menyerang dibahagian tengah pucuk sawit semasa pucuk tersebut masih berada pada peringkat menguncup.  Kesan oryctes yang baru biasanya ditandai oleh lubang gerudi yang berwarna coklat keputihan dan masih berair yang juga terdapat fiber-fiber daripada bahagian batang atau pelepah kelapa sawit yang terburai akibat digerudi.

Teknik mengawal.
Kaedah menyembur racun Blocus adalah yang paling popular. Campuran Blocus adalah 60ml kedalam tangki berkapasiti 10 liter air atau 100ml blocus kedalam 16 liter air (muatan tangki CKS).  Gunakan pam CKS yang bernozel skurang-kurangnya 375 lts/ha isipadu semburan (spraying volume). Campurkan juga adjuvant seperti Agridex bagi tujuan perlekatan dan penyembaran racun yang lebih sekata dan tahan lebih lama pada bahagian yang disembur.  Semburkan campuran racun kearah pucuk hingga ke bahagian pangkal pokok kelapa sawit.  Pastikan semburan meliputi ke sekeliling bahagian ini.  Gunakan nozzle yang ada L shape untuk memudahkan kerja penyemburan pucuk kelapa sawit.

Kebiasaannya pokok kelapa sawit yang bersaiz kecil (kurang setahun) memerlukan lebih kurang 150ml semburan untuk sepokok atau 1 tangki 16lts boleh menyembur lebih kurang 106 pokok kelapa sawit.  Bagi pokok kelapa sawit yang berusia lebih setahun, maka digalakkan untuk menaikkan kadar semburan kepada 200-250ml bergantung kepada saiz pangkal.  Perlu diingat, dos campuran iaitu 100ml blocus ke dalam 16 liter air adalah tidak berubah, yang berubah hanyalah kadar semburannya sahaja.

Racun Blocus bertindak dalam 2 cara.  Racun ini boleh membunuh oryctes yang terkena racun akibat daripada sifatnya yang ‘gelojoh’ untuk menggerudi pangkal atau pucuk pokok kelapa sawit yang telah disembur oleh racun.  Racun ini juga boleh bertindak sebagai ‘repellent’ dimana oryctes yang biasanya lebih ‘bersopan’ tidak sibuk terbang untuk menuju ke pangkal atau pucuk kelapa sawit bagi tujuan menggerudi pangkal kelapa sawit tersebut.

Tindakan orcytes yang gelojoh boleh mematikan pokok, namun tindakan oryctes yang bersopan juga tidak kurang bahayanya.  Ini kerana oryctes tersebut tidak mati dan akan mendarat di bawah kepingan (chip) batang kelapa sawit yang mereput dan apalagi meneruskan aktiviti pembiakannya.  Masalah juga timbul pada pokok kelapa sawit yang berusia lebih 2 tahun dimana penyemburan racun blocus sudah dihentikan.  Oryctes yang bersopan ini akan memilih untuk menggerudi pokok yang besar ini walaupun sudah keras (“apa boleh buat daripada mati, lebih baik gerudi yang sudah tua ini”…kata oryctes lah agaknya).

Untuk mengatasi masalah oryctes yang bersopan ini saya cadangkan agar dipasang perangkap pheromone di kawasan yang bersempadan dengan pokok yang berumur 2 tahun.  Ada juga yang menyembur Metharizium iaitu sejenis kulat hijau yang boleh membunuh oryctes dan larva-larvanya juga.  Semburan metharizium boleh dilakukan dikawasan timbunan batang kelapa sawit yang mereput dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.  Adalah digalakkan untuk menyemburnya sehingga 4 kali setahun bagi memastikan kelangsungan hidup mikrob di kawasan semburan.

Sekian
READ MORE » Kawalan Oryctes

Penyeliaan ladang yang berkesan

Salam, 

Coretan kali ini adalah tertumpu kepada faktor penyelengaraan ladang.  Keberkesanan dan kemantapan dalam menyelenggara ladang adalah faktor penting dalam memastikan hasil BTS yang tinggi.  Saya akan bahagikan kepada 3 perkara pokok yang perlu diambil perhatian:-
  1. Pembajaan yang seimbang dan penyeliaan pembajaan.
  2. Penuaian, pengutipan biji, pemangkasan pelepah dan pengeluaran buah yang cekap.
  3. Kawalan rumpai dan serangan makhluk perosak.
Setiap perkara-perkara pokok yang dinyatakan adalah penting dan saling berkait diantara satu sama lain.  Hari ini saya akan bincangkan sedikit berkenaan program pembajaan.  Ia adalah program yang penting dan tidak boleh dikrompomi agar pokok kelapa sawit mendapat zat nutrisi yang secukupnya. Jenis dan dos baja yang dicadangkan telah dibincangkan dalam coretan yang lalu.

Namun sebaik mana pun jadual pembajaan yang di programkan, ianya akan menjadi tidak bermakna apabila pokok kelapa sawit tidak dapat menerimanya atau dos yang diberikan kurang daripada yang di syorkan.  Bagaimana ini boleh terjadi? Punca utamanya adalah manusia.  Pekerja yang tidak dikawal selia dengan baik akan mempunyai kecenderungan untuk mencuri tulang.   Pokok sawit yang malang kebiasaannya terletak dikawasan yang sukar seperti di kawasan bukit, paya dan ditengah teres.  Namun ada juga kawasan mudah dimana beberapa pokok sawit yang teletak di tengah-tengah baris tidak mendapat bekalan baja.

Sekiranya anda tuan punya ladang atau menguruskan ladang.  Saya percaya anda mempunyai pengalaman sebegini.  Ada pelbagai teknik yang digunakan oleh pengurus-pengurus yang berpengalaman dalam mengatasi masalah baja tidak sampai.  Teknik-teknik ini akan saya kupaskan dalam coretan yang akan datang.  Jadi jangan lupa untuk menjadi rakan sawitbiz supaya coretan teknik-teknik yang dijanjikan akan sampai ke mail box anda.

Sekian
READ MORE » Penyeliaan ladang yang berkesan

Teknik Membaja

Salam,
Pertamanya saya ingin memohon maaf diatas kelewatan dalam membincangkan teknik-teknik sebagaimana yang telah dijanjikan pada minggu lepas.  Baiklah, teknik-teknik yang ingin saya kupaskan dan kongsikan adalah sebagaimana dibawah:-
  1. Teknik ‘task’.  Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja.  Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut.  Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja  tersebut.
  2. Teknik ‘label’ –  Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok.  Mandore mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja.  Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandore semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.
  3. Teknik angkat-masuk – Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.
  4. Teknik kereta sorong – Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.
  5. Teknik beg plastik – Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.  Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.
  6. Teknik ‘spreader’ – Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik.  Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama.  Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang.
  7. Perkara yang paling pokok dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan adalah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat.  Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan.  Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sekiranya mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat.  Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.
Saya rasa cukuplah sampai sini sahaja untuk hari ini.  InsyaAllah, sekiranya ada umur yang panjang dan kesempatan.  Saya akan coretkan pula bagaimana baja yang ditabur tidak dapat diambil oleh pokok kelapa sawit...tungguuuuuuu dan jangan lupa untuk mendaftar sebagai rakan sawitbiz sekiranya belum berbuat demikian.
Sekian.
READ MORE » Teknik Membaja

Alika Vs Blocus

Salam,

Ada sesiapa yang berpengalaman dengan penggunaan racun Alika kelauran Sygenta dan Blocus Beta keluaran Bayer dalam mengawal serangan kumbang badak atau Oryctes?  Pada saya kedua-duanya racun serangga ni boleh mengawal serangan kumbang badak.  Mungkin yang membezakannya ialah kelas racun dimana Alika ialah kelas II sementara Blocus pula dalam kelas IV.

Apa yang penting ialah teknik penyemburan dan dos yang digunakan.  Untuk kesan yang efektif, penyemburan perlu dilakukan daripada atas pucuk dan di bawa ke pangkal.  Sekiranya anda mengupah pekerja untuk melaksanakannya maka pastikan penyemburan dilakukan dengan sempurna.

Dalam banyak-banyak perkara, kerja penyemburan bagi kawalan oryctes inilah yang paling sukar untuk di jaga.  Sukar untuk kita memeriksa mutu penyemburan sehinggalah terdapat serangan yang mana ianya sudah terlambat.

Ada sesiapa yang telah membuat perbandingan untuk kedua-dua racun ini?  Pangalaman dan pengetahuan anda amatlah kami hargai.

Sekian Terima Kasih
READ MORE » Alika Vs Blocus